Malaysia sudah terkenal dengan aneka kuih-muih tradisional yang sedap. Dengan pelbagai untuk dicuba, sesiapa sahaja akan rambang mata jika melihat pilihan yang ada.
Antara yang anda boleh cuba adalah kuih kasturi ini. Ringkas sahaja untuk disediakan, ia sesuai untuk dinikmati ketika minum petang. Nak tahu caranya? Ikuti resepi ini yang telah diolah oleh Mizah Ngatiman.
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kasturi, Tentunya Mudah Sahaja Untuk Dicuba Semua
Bahan-bahan
- 2 cawan kacang hijau (direbus hingga empuk)
- 1 cawan kelapa parut
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- Gula secukupnya
Bahan-bahan adunan tepung goreng
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 cawan air secukupnya
- Pewarna kuning
Cara penyediaan
- Rebus kacang hingga empuk.
- Masukkan kelapa, garam dan gula. Biarkan ia betul-betul kering.
- Masukkan 4 sudu besar tepung gandum. Gaul rata biarkan ia sejuk. Kalau nak cepat sejuk, masukkan ke dalam peti dahulu.
- Sementara itu, kita buat bancuhan tepung gorengnya. Campurkan semua bahan kecuali air. Air masukkan sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan bancuhan yang dikehendaki. Kacau guna senduk.
- Bancuhan dah siap, ketepikan.
- Sambung balik kacang tadi yang dah sejuk. Bulat-bulatkan seperti di dalam gambar.
- Kemudian, leperkan sedikit bentuknya.
- Panaskan kuali, mula menggoreng kuih.
- Siap dan boleh dihidang.
Semudah begitu sahaja untuk anda menyediakan kuih kasturi sendiri di rumah! Tak perlu susah payah dan pergi beli di kedai, buat sendiri di rumah lebih mudah.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Mizah Ngatimam
Baca Juga: Resepi Sup Lidah Lembu Ala Thai, Rasanya Perggggggh Sedap Sangat! Sekali Cuba Sampai Bila Teringat