Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kasturi, Tentunya Mudah Sahaja Untuk Dicuba Semua

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kasturi, Tentunya Mudah Sahaja Untuk Dicuba Semua

Kategori: ,
KUIH KASTURI

Malaysia sudah terkenal dengan aneka kuih-muih tradisional yang sedap. Dengan pelbagai untuk dicuba, sesiapa sahaja akan rambang mata jika melihat pilihan yang ada.

Antara yang anda boleh cuba adalah kuih kasturi ini. Ringkas sahaja untuk disediakan, ia sesuai untuk dinikmati ketika minum petang. Nak tahu caranya? Ikuti resepi ini yang telah diolah oleh Mizah Ngatiman.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kasturi, Tentunya Mudah Sahaja Untuk Dicuba Semua

Bahan-bahan

  • 2 cawan kacang hijau (direbus hingga empuk)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukupnya

Bahan-bahan adunan tepung goreng

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan air secukupnya
  • Pewarna kuning

Cara penyediaan

  1. Rebus kacang hingga empuk. KUIH KASTURI
  2. Masukkan kelapa, garam dan gula. Biarkan ia betul-betul kering. KUIH KASTURI
  3. Masukkan 4 sudu besar tepung gandum. Gaul rata biarkan ia sejuk. Kalau nak cepat sejuk, masukkan ke dalam peti dahulu. KUIH KASTURI
  4. Sementara itu, kita buat bancuhan tepung gorengnya. Campurkan semua bahan kecuali air. Air masukkan sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan bancuhan yang dikehendaki. Kacau guna senduk.KUIH KASTURI
  5. Bancuhan dah siap, ketepikan. KUIH KASTURI
  6. Sambung balik kacang tadi yang dah sejuk. Bulat-bulatkan seperti di dalam gambar. KUIH KASTURI
  7. Kemudian, leperkan sedikit bentuknya. KUIH KASTURI
  8. Panaskan kuali, mula menggoreng kuih.
  9. Siap dan boleh dihidang. KUIH KASTURI KUIH KASTURI

Semudah begitu sahaja untuk anda menyediakan kuih kasturi sendiri di rumah! Tak perlu susah payah dan pergi beli di kedai, buat sendiri di rumah lebih mudah.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Mizah Ngatimam

Baca Juga: Resepi Sup Lidah Lembu Ala Thai, Rasanya Perggggggh Sedap Sangat! Sekali Cuba Sampai Bila Teringat

tags: | |