Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Koleh Kacang, Sedap & Puas Hati Bila Makan!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Koleh Kacang, Sedap & Puas Hati Bila Makan!

Kategori: ,
KUIH KOLEH KACANG

Penggemar kuih tradisional tentu tidak pernah lupa pada kuih koleh kacang yang sering dijual di gerai-gerai kecil. Rasanya yang lemak, manis dan sedikit masin dari kacang memang digemari.

Tapi semakin hari, kelibat kuih ini sudah tidak kelihatan dan sukar untuk ditemui. Dari asyik pusing kawasan untuk mencarinya, apa kata anda cuba resepi kuih koleh kacang ini yang telah dikongsikan oleh Siti Hawa Samsam di grup Resepi Masakan Kak Hawa.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Koleh Kacang, Sedap & Puas Hati Bila Makan!

Bahan-bahan

  • 500 gm santan pekat (untuk tahi minyak)
  • 260 gm gula merah
  • 140 gm gula pasir halus
  • 500 ml air
  • Daun pandan
  • 260 gm tepung kacang hijau
  • 600 ml santan pekat
  • 900 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar kicap pekat Jalen
  • 2 sudu besar minyak dari tahi minyak

Cara penyediaan tahi minyak

  1. Masak santan pekat di atas api sederhana sampai ada tahi minyak warna agak keperangan.
  2. Tutup api dan terus tapis. Kalau dibiarkan akan bewarna gelap sebab minyak masih panas.
  3. Kemudian, ketepikan.

Cara penyediaan kuih

  1. Rebuskan gula merah, gula pasir halus, air dan daun pandan sampai gula hancur dan tapiskan.
  2. Masukkan bahan lain yang belum dimasak di dalam kuali atau periuk, boleh guna non stick pan supaya tidak melekat ketika mengacau.
  3. Kacau rata adunan dan masak guna api yang sederhana sehingga ada letusan pada adunan yang dikacau. Ia menandakan adunan dah siap, boleh tutup api.
  4. Sediakan loyang 10x10x2 yang telah dilapik plastik 14×14, basahkan sedikit loyang dan sapu sedikit minyak yang dimasak tadi pada permukaan loyang.
  5. Tuangkan adunan yang dimasak tadi, ratakan dan taburkan dengan tahi minyak.
  6. Biarkan adunan menggeras di dalam peti ais. KUIH KOLEH KACANG KUIH KOLEH KACANG KUIH KOLEH KACANG KUIH KOLEH KACANG

Nampak ringkas sahaja untuk menyediakan kuih koleh kacang. Serius rasanya memang sedap, jadi sangat rugi jika korang tak cuba sekarang. Kalau ada waktu terluang, jom lah ke dapur untuk menyediakannya.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Hawa Samsam di grup Resepi Masakan Kak Hawa

Baca Juga: Resepi Kek Sarang Semut Versi Tak Perlu Perap Adunan, Boleh Terus Bakar! Serta Ini Tips Yang Ramai Tak Tahu

tags: | |