Sebut sahaja mengenai peria, orang ramai mesti mula terbayang sayur peria yang sangat pahit itu, kan? Tak sangka pula ada kuih tradisional di luar sana yang diberi nama kuih peria pula!
Berbeza dari sayur peria, kuih peria pula memiliki tekstur yang lembut dan rasa yang manis. Mesti korang berminat untuk cuba, kan? Kalau begitu, jom intai resepi ini yang telah diolah oleh Noor Syazwanie Aziz. Mudah sahaja!
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Peria Supaya Dapat Tekstur Yang Lembut & Enak Dimakan
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 500 gram tepung pulut
- Sedikit garam
- 2 1/2 cawan air atau santan cair
- Pewarna makanan pilihan anda
- Inti kacang – beli dekat sini
- Daun pisang
- Minyak masak
Cara penyediaan
- Dalam mangkuk, gaulkan tepung gadum, tepung pulut dan garam sehingga rata.
- Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan. Gaul sampai tak melekat pada tangan.
- Bila sudah sebati semua, bahagikan pada beberapa bahagian untuk letakkan pewarna makanan anda.
- Sapukan minyak masak kat tangan sebelum bentukkan kuih.
- Gentel inti kacang dan letak dalam kulit kuih. Tutupkan.
- Dah siap bentuk, lapikkan pengukus dengan daun pisang. Kalau tiada daun pisang, lapik dengan plastik pun tak mengapa.
- Kukus dengan api sederhana selama 5 hingga 10 minit.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nampak menarik sangat kuih ini! Korang jangan risau, rasanya jauh berbeza dengan sayur peria walaupun rupanya mirip. Paling penting sedap ditelan, teksturnya yang lembut akan membuat sesiapa rasa ketagih dengannya.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Noor Syazwanie Aziz
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Tepung Pasung @ Serunai. Sekarang Dah Makin ‘Rare’, Jom Buat Sendiri!