Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Tepung Pasung @ Serunai. Sekarang Dah Makin ‘Rare’, Jom Buat Sendiri!

Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Tepung Pasung @ Serunai. Sekarang Dah Makin ‘Rare’, Jom Buat Sendiri!

Kategori: ,
kuih tepung pasung

Kuih Tepung Pasung merupakan sejenis kuih yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur. Diperbuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula melaka dan sebagainya, ia semakin jarang ditemui semenjak akhir-akhir ini.

Oleh itu, apa kata anda mencuba resepi tepung pasung ini yang telah dikongsikan oleh Norafidah Mahamod? Mudah, tak perlulah anda bersusah-payah keluar untuk mencarinya. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Tepung Pasung @ Serunai. Sekarang Dah Makin ‘Rare’, Jom Buat Sendiri!

Bahan bahagian bawah

  • 2 sudu gula pasir
  • 1 keping setengah gula melaka
  • 1 setengah cawan air
  • 1 helai daun pandan wangi
  • 40 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu atau tepung ubi atau tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan bahagian atas

  • 3 sudu besar tepung beras -dapatkan di sini
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 setengah cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula

Bahan Lain

  • Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong

Cara penyediaan

  1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
  2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental. kuih tepung pasung
  3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.kuih tepung pasung
  4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental. kuih tepung pasung
  5. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih itu tumbang. KUIH TEPUNG SERUNAI
  6. Biar sejuk baru hidangkan. kuih tepung pasung kuih tepung pasung kuih tepung pasung

Kuih tepung pasung ini sangat mudah sahaja untuk buat sendiri di rumah. Bagi anda yang teringin untuk merasainya, bolehlah ikuti resepi ini. Lebih ringkas dan buat banyak-banyak untuk dikongsikan bersama keluarga dan jiran-jiran anda.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Norafidah Mahamod

Baca Juga: Nama Pelik Tapi Sedap, Ini Resepi Kuba Guling. Kuih Tradisional Kelantan Yang Tengah Viral Sekarang

tags: | | |