Langkau ke kandungan

Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Resipi

11 bahan, 13 langkah

Terus ke resipi
Kuih Puteri Ayu

Kuih puteri ayu juga tidak kurang ramai peminatnya bukan? Lagi-lagi di musim bulan puasa, makin tak sabar nak maka bila waktu berbuka. Tapi pada musim PKP ni, memang susah nak dapat. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri je kuih puteri ayu ni. Resepi perkongsian dari Ariana Sofia Ahmad. 

Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan santan (1kotak santan kara + 1/2 cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1sk baking powder
  • 1sk perisa pandan
  • 2sk pewarna hijau

Bahan-bahan untuk kelapa:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi

p/s: Kuantiti 1 kotak santan kara ariana sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air. Dapat 45 biji. Acuan tu kena sapu minyak dulu.

 

Cara-cara:

  1. Mula-mula mix telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau sehingga sebati.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  2. Pastikan adunan masih cair.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  3. Masukkan pulak baking powder dan tepung yang telah di ayak. Mix sampai sebati.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  4. Adunan ni memang likat. Bila mix dah sebati terus matikan mixer.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  5. Masukkan pula santan dan mix sebati.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  6. Pastikan adunan licin dan tak terlampau pekat.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  7. Untuk senang letak dalam acuan, ariana letak dalam pipping bag.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau bagi sebati. Kalau xcukup masin boleh tambah garam.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  9. Sapu acuan dengan minyak dulu. Ariana letak kelapa dalam 3/4 sudu besar. Nak letak kurang pun boleh. Jangan membukit pulak.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  10. Untuk bagi padat. Ariana tekan dengan acuan lain bahagian atas kelapa. Dan tekan pula dengan jari kat atas kelapa supaya padat.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  11. Lepas tu kukuslah adunan selama 10 minit. Taknak letak dalam loyang pun xpe. Pastikan letak adunan paras acuan je @ kurang sikit.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  12. Kuih dah masak. Naik dengan gebunya. Dah suam sikit bolehlah keluarkan dari acuan.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera
  13. Sekarang bolehlah dihidang.Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Selamat mencuba!

 

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga