Larp atau kerabu daging thai merupakan hidangan sampingan yang sangat terkenal di negara itu. Turut dikenali sebagai Larb atau Laap, hidangan ini menjadi unik kerana ianya diperasakan dengan serbuk beras yang dipanggang atau digoreng, jus limau nipis dan sos ikan.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba Larp, boleh lah cuba resepi yang mudah dan ori yang dikongsikan oleh Thip Pha Wan di group Masak Apa Hari Ni. Sebenarnya mudah sahaja nak buat sendiri. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Larp @ Kerabu Daging Thai
Bahan-Bahan
Bahan A
- Daging atau dada ayam (dicincang)
Bahan B
- 5 sudu makan beras (digoreng tanpa minyak dan diblend kasar atau ditumbuk)
- 10 biji cili kering (digoreng dan diblend halus)
Bahan C
- 2 biji limau
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu sos ikan (jenama ini paling best!)
- Bawang besar
- Pudina
- Ajinomoto
Cara-Cara Penyediaan
- Rebus daging atau dada yang telah dicincang. Tos dan ketepikan.
- Dalam periuk atau mangkuk lain, masukkan cili kering yang telah digoreng. Masukkan jus limau, sedikit Ajinomoto, sos ikan, gula dan beras. Kacau sehingga rata.
- Masukkan daging atau ayam yang ditos tadi.
- Masukkan bawang besar yang dihiris serta daun pudina. Akan rasa pedas, masam, manis dan masin.
- Makan dengan nasi putih atau kacang pangjang. Boleh tambah kubis dan timun.
Baru tahu rupanya mudah sahaja nak buat larp sendiri di rumah. Tengok gambar pun dah rasa terliur, bahan-bahan juga mudah didapati tapi rasanya memang original macam di Thailand. Dijamin!
Selamat mencuba.
Kredit: Thip Pha Wan via Masak Apa Hari Ni
Baca Juga: Khas Untuk Peminat Kerabu Maggi, Ini Dia Resepi Kerabu Maggi Terpaling Menjadi & Sedap. Dah Macam Dekat Thailand!