Mi Hokkien tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Turut terkenal di negara Malaysia, hidangan ini terutamanya menjadi kegemaran kaum Cina dan merupakan mi yang dimasak bersama udang dan daging khinzir.
Tentunya nak mencari yang Halal bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu, dari bersusah payah, apa kata anda mencuba resepi mi hokkien versi Halal yang telah dikongsikan oleh Hasniza Hassan ini? Mudah sahaja, jom baca untuk ketahui caranya.
Cara Buat Mi Hokkien Versi Halal, Ternyata Mudah & Ringkas Sahaja Sebenarnya!
Bahan-bahan
- 1 pek mi kuning (rendam dengan air panas lebih kurang 30 minit, letakkan sedikit garam)
- Udang
- Ayam
- Bebola ikan atau ayam
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 4 sudu makan dark caramel sos – guna jenama ini, dijamin Halal
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar serbuk ikan bilis (goreng ikan bilis dengan minyak dan kisarkan)
- Sawi
- Kubis cina
- Garam
- 1 1/2 cawan stok ayam
Cara-caranya
- Rendam mi dengan air panas selama 30 minit sebelum memasak.
- Goreng ayam, udang dan bebola secara berasingan dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang sehingga wangi. Kemudian, masukkan mi dan gaul rata.
- Selepas itu, masukkan dark caramel sos, kicap cair dan serbuk ikan bilis.
- Perasakan dengan garam dan gaul rata. Selepas itu, masukkan sawi dan kubis bunga.
- Masukkan udang, ayam dan bebola. Gaul rata dan tuangkan stok ayam. Tutup dan biarkan selama beberapa minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Akhirnya dah siap hidangan ini. Nampak mudah sangat untuk menyediakan mi Hokkien versi Halal sendiri di rumah, kan? Ringkas sahaja, nanti buat satu periuk untuk seluruh keluarga cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Hasniza Hassan
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Loh Bak Versi Halal, Sedap & Boleh Simpan Dalam Peti Ais Untuk Masak Kemudian