Teringin nak makan mini pavlova yang macam orang jual tu? Mudah sangat nak buat rupanya, kos bahan yang digunakan pun sangat murah. Buat sendiri lagi puas hati, boleh makan puas-puas!
Jom ikuti resipi mini pavlova perkongsian oleh Azlina Ina.
Mini Pavlova
Bahan-bahan:
- 5 biji putih telur putih sahaja Gred B kalau A 4
- 3/4 cawan gula kastor/150g
- 1 sb tepung jagung
- 1 skcuka makan
- 1 sk esen vanilla
Cara-cara:
- Asingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada air dalam bekas dan tiada telur kuning terikut sekali.
- Pukul telur putih sehingga kembang dan berbuih-buih.
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga ketal dan berkilat. Tips: Bila terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
- Kemudian baru masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dalam adunan. Kacau laju menggunakan spatula kayu.
- Masukkan dalam piping beg nozel guna saiz 1M.
- Selepas sebati semuanya, alaskan loyang dengan baking paper, letakkan adunan di atas loyang mengikut bentuk yang disukai. Penyekkan di tengah sedikit untuk letak filling nanti.
- Panaskan oven selama 150’C selama 15 minit dan selepas itu turunkan suhu kepada 130-140’C, barulah dimasukkan adunan dan dibakar selama 60 -75 minit bergantung pada oven anda. Masak pavlova memang suhu rendah dan kena sabar.
- Jangan keluarkan pavlova terus dari oven lepas masak. Regang kan pintu oven dan biarkan pavlova agak sejuk baru keluarkan.
- Ketepikan.
Bahan-bahan Topping:
- 2 cawan whipping cream non dairy
- Buah-buahan kesukaan pilihan masing-masing
Cara-cara:
- Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan dalam pipping beg, guna novel 1m.
- Paipkan atas pavlova yang dah disejukkan tadi.
- Susun buah-buahan pilihan.
- Siap.
Selamat mencuba!
Kredit: Azlina Ina Fans