Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Bebas Pewarna dan Perisa Tiruan , Ini Cara Buat Minuman Probiotik Sendiri Ala Vitagen. Jimat dan Lebih Berkhasiat!

Si Bunga by Si Bunga
Mei 11, 2022
in Masak Apa Hari Ini?
2 min read
0 0
0
Bebas Pewarna dan Perisa Tiruan , Ini Cara Buat Minuman Probiotik Sendiri Ala Vitagen. Jimat dan Lebih Berkhasiat!
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Minuman probiotik seperti Yakult dan Vitagen memang ramai penggemarnya, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak.

BacaJuga

No Content Available

Ia juga sangat baik untuk diamalkan untuk galakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus serta menyihatkan sistem penghadaman.

Tapi, bila tengok harga minuman ni di pasar raya, kadang-kadang boleh buatkan kita tak jadi beli! Botol kecil pun dah berapa ringgit! Memang boleh pokai kalau nak minum hari-hari.

Namun, tahukah korang sebenarnya minuman probiotik yang dijual di pasaran ni sebenarnya mengandungi kadar gula yang tinggi. Sesetengah jenama minuman probiotik juga didapati mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dari air Coke. Dahsyatnya!

Cara Buat Minuman Probiotik

Jadi kalau anak-anak di rumah sangat sukakan minuman probiotik ni, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Pastinya lebih berkhasiat, jimat dan dijamin lazat.

Jom kita tengok cara buat minuman probiotik homemade yang dikongsikan oleh Tqah Nasir. Silap-silap mak budak pun suka rasa minuman probiotik ni!

Cara Buat Minuman Probiotik

Cara Buat Minuman Probiotik Sendiri di Rumah

Bahan-Bahan :

  • 8 biji buah anggur
  • Yogurt Perisa Natural (Kalau nak bagi anak, pastikan pilih full fat yogurt, Low fat yogurt tak sesuai untuk bayi sebab bayi perlukan lemak baik daripada yogurt)
  • Air

Cara Buat Minuman Probiotik

Cara-Cara :

  • Kisarkan buah anggur dengan sedikit air.
  • Toskan air anggur yang sudah dikisar tadi. Buangkan kulit yang telah ditapis.
  • Masukkan semula air anggur yang sudah ditapis ke dalam pengisar. Sekarang kita akan tambahkan yogurt kira-kira 2 sudu dan kisarkan semula.
  • Siap! Anda boleh simpankan minuman yogurt ini di dalam botol atau food pouch.

Senang je rupanya nak buat minuman probiotik sendiri. Bukan saja menjimatkan, bahkan ia juga lebih berkhasiat kerana dibuat tanpa gula dan bebas pewarna serta perisa tiruan.

Jadi, kita tak perlu risau untuk berikannya pada anak-anak. Benda boleh buat sendiri, buat apa beli,kan?

Cara Buat Minuman Probiotik

Korang juga boleh tukarkan buah-buahan lain ikut citarasa seperti strawberi, kiwi, mangga dan lain-lain.

Menurut Tqah, dia tak sarankan untuk simpankannya dalam peti sejuk untuk diberi kepada anak. Sebaiknya, dia cadangkan untuk letakkan minuman ini pada suhu bilik, seeloknya lepas buat terus minum.

Nota : Minuman ini tak sesuai untuk anak berusia 10 bulan ke bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

Kredit : Tqah Nasir

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
lynda course free download
download lava firmware
Tags: vitagen
ShareTweetSend

Related Posts

sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
20
Ketupat Palas Pulut Hitam
Masak Apa Hari Ini?

Mood Raya Haji Dah Tiba? Jom Kita Hidangkan Ketupat Palas Pulut Hitam Untuk Tetamu

Jun 30, 2022
113
berniaga makanan
Masak Apa Hari Ini?

Tanpa Tangan Sejak Lahir, Bukan Penghalang Berniaga Makanan Demi Sesuap Nasi

Jun 29, 2022
92
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist