Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka

Ini Cara Buat Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka

Kategori: ,
Ayam Goreng Ala KFC

Resepi nasi butter dan ayam goreng ala KFC ini memang mudah dan jimat sebab tak payah beli dah. Tak rugi pun cuba, yang pasti anak-anak pasti suka lagi-lagi ayam goreng tu memang mengiurkan. Resepi perkongsian dari Syue Haida di laman Facebook ini telah meraih perhatian ramai. Tidak kurang ramai juga yang mencubanya dan mengatakan resepi ini memang sedap! 

NASI BUTTER ALA2 KFC + AYAM GORENG ALA2 KFC + SUP

Bahan-bahan nasi butter (5 orang makan):

  • 4cawan beras
  • 4biji bawang putih(ketuk dan potong halus2)
  • 1biji bawang merah (optional) (hiris nipis2)
  • 125g butter
  • Halia (ketuk biar pecah sikit)
  • 1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
  • 1kiub pati ayam maggie
  • Garam

Cara masak:

  1. Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nk masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau.
  2. Masukkan halia.
  3. Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2 minit.
  4. Masukkan beras yang dah dibasuh, kemudian masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.
  5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air di tambahkan dengan secawan susu tadi. Mcm sy beras 4cawan air 4cawan + 1 cawan susu.
  6. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang digunakan, sukat macam masak nasi biasa cuma air kena tambah dengan susu skali) sebab dah ada penggunaan susu jadi kena kurangkan air.

Bahan-bahan ayam goreng ala KFC:

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Cara masak:

  1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi, masukkan dalam ayam dan gaulkan sekali biarkan sebati. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam. Nak lagi sedap perapkan lama lagi.
  2. Nila dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi.  Gaulkan dgn tepung campuran tadii dan salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Goreng dengan api yang sederhana.
  3. Siap!

Bahan-bahan sup chicken meatball:

  • leher/kaki ayam potong kecil2
  • 10 biji chicken meatball
  • Daun sup
  • 1kiub pati ayam
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih
  • 3cawan air
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap.
  2. Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.
  3. Masukkan garam dan daun sup.
  4. Siap, boleh hidangkan ketiga-tiga lauk menu ini.

Kredit: Syue Haida

Selamat mencuba!

tags: |