Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Puas Hati Makan, Ini Cara Buat Nasi Goreng Nenas Thai Yang Sedap. Masak Sendiri Pun Jadi

Puas Hati Makan, Ini Cara Buat Nasi Goreng Nenas Thai Yang Sedap. Masak Sendiri Pun Jadi

Kategori: ,,
NASI GORENG NENAS THAI

Masakan Thai sememangnya sangat digemari oleh orang ramai. Ibarat syurga makanan, masih banyak lagi makanan Thai yang sedap-sedap yang perlu kita cuba. Bukan sahaja ayam pandan, sotong bakar, nasi komok, nasi goreng nenas Thai juga wajib dicuba!

Anda tak perlu ke restoran Thai, kalau nak buat sendiri pun boleh! Rasa yang masam-manis dan sedikit pedas itu sangat menyelerakan. Nak tahu caranya? Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Eryn TJ di group Masak Apa Hari Ni.

Resepi Nasi Goreng Thai, Masak Sendiri Pun Jadi!

Bahan-Bahan

  • 4 mangkuk nasi yang telah dimasak
  • 4 biji telur dipukul
  • 6 ulas bawang putih dicincang
  • 4 biji cili api merah
  • 1 kiub ayam
  • 1 cawan nenas
  • 1 cawan kacang gajus goreng
  • 1 cawan udang (dibuang kulit)
  • 2 keping dada ayam (dicincang)
  • 1 cawan sayur campur
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • Daun sup (dipotong halus)
  • Gajus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Nenas (dibelas dua dan dibuang isinya)

NASI GORENG NENAS THAI

Cara Penyediaan

  1. Goreng telur dadar dan ketepikan. Bancuhkan sos tiram, sos ikan, kicap cair, kicap pekat, rempah kari ayam dengan 1/2 cawan air.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan cili dan masukkan isi ayam, udang dan sayur campur sehingga masak.
  3. Masukkan sos yang dibancuh dan gaul rata, masukkan kiub ayam.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata dan masukkan nenas, kacang gajus goreng dan telur dadar. Gaul rata dan pecahkan telur dadar yang digoreng.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan daun sup dan daun bawang. Sendukkan nasi di dalam nenas yang telah dibelah dua. Siap untuk dihidang.

NASI GORENG THAI

NASI GORENG THAI

NASI GORENG NENAS THAI

Memang mudah sahaja nak buat nasi goreng nenas Thai di rumah, kan? Tengok gambar pun dah rasa teringin! Cara hidang pun memang nampak sangat ekstra. Tapi kalau anda nak hidang nasi dalam pinggan pun boleh, simple-simple pun tetap sedap. Tak menyesal bila cuba nanti.

Selamat mencuba.

Kredit: Eryn TJ via MAHN

Baca Juga: Ini Cara Buat Larp @ Kerabu Daging Thai Yang Sedap & Ori. Mudah Sahaja Rupanya!

 

tags: |