Kejadian banjir yang dijangka akan menimpa pantai timur rupa-rupanya menimpa ibu kota. Banyak tempat di Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan beberapa lagi daerah dan negeri lain turut terjejas. Tidak pernah menyangka banjir besar ini menimpa, ramai penduduk yang kurang persediaan.
Malah disebabkan oleh banjir ini juga ramai penduduk yang tiada makanan dan terpaksa berada dalam keadaan gelap gelita. Malah terbaharu, TNB telah pun menutup kira-kira 333 pencawang elektrik di enam negeri yang terjejas banjir.
Ekoran itu pasti ramai yang berada dalam gelap gelita. Apabila gelap nak bernafas pun sukar kan? Nak cari lilin pada waktu-waktu begini pun susah, terpaksa redah banjir lagi dan sebagainya. Lagi pula kalau menggunakan lilin, sedar tak sedar lilin pun dah jadi pendek.
Jadi apa kata anda gunakan sahaja cara yang dikongsikan oleh parkdin.my ini di aplikasi TikTok. Parkdin hanya menggunakan 3 bahan sahaja untuk membuat pelita beras ini. Bahan-bahan tersebut adalah minyak masak, beras dan tisu.
Cara-caranya adalah masukkan beras ke dalam mangkuk dan tuangkan minyak. Kemudian ambil tisu, buat sumbu dan lembapkan sedikit dengan minyak masak. Selepas itu cucuhkan api. Menurut parkdin, api ini InshaAllah akan menyala sampai pagi. Untuk lebih faham, mungkin korang boleh lihat video tersebut di bawah ini.
https://www.tiktok.com/@parkdin.my/video/7043074325208911131?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@parkdin.myLetik takde tnb tutup. So meh belajar cara buat pelita beras boleh menyala sampai pagi. ##fyp ##banjir2021 ##daruratbanjir♬ original sound – Ahmad Amigo91 – ahmadjer/parkdin
Menerusi perkongsian video tersebut, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada parkdin atas perkongsian cara buat pelita beras ini. Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara ini, jadi jangan lupa untuk kongsikan kepada kenalan atau ahli keluarga anda.
Sekurang-kurangnya dengan adanya pelita beras ini, ia dapat menyelamatkan dan memudahkan urusan ramai orang. Ada pelita sebegini adalah lebih baik daripada duduk dalam keadaan gelap gelita bukan?
Kredit: TikTok parkdin.my