Langkau ke kandungan

Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Resipi

7 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
roti sardin telur

Tak berselera nak makan nasi? Apa kata jom buat roti sardin telur yang mudah dan menyelerakan ini.Yang penting, cara menyediakannya sangat mudah. Kalau lapar tengah malam pun tidak ada salahnya jika mahu membuat menu ini.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Ameera ini. Memang tak menyesal punya kalau dah buat.

Resipi Roti Sardin Telur Yang Simple Serta Cepat! 

Bahan-bahan:

  • Sardin
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji telur
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah

Cara-cara:

  1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris.Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!
  2. Masukkan juga cili hijau, 2 biji telur, daun sup, sedikit garam dan sedikit lada sulah.Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!
  3. Lenyekkan dan gaul sebati.
  4. Masukkan roti dan salutkan semuanya.Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!
  5. Panaskan sedikit minyak dan mula menggoreng.Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!
  6. Siap untuk dimakan. Mudah dan sangat menyelerakan.Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Mudah sahaja kan nak buat Roti Sardin Telur ini? Yang penting sedap tau. Nak bawa pergi berkelah atau bekal balik kampung pun okay sangat!

Selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga