Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sagu Gula Melaka, Bila Makan Rasa Ketul-Ketulnya. Macam Ni Baru Sedap!

Cara Buat Sagu Gula Melaka, Bila Makan Rasa Ketul-Ketulnya. Macam Ni Baru Sedap!

Kategori:
Cara Buat Sagu Gula Melaka

Sedapnya kalau dapat makan sagu gula melaka sejuk-sejuk. Tambah-tambah lagi pada musim panas sekarang. Lagi sedap bila dimakan, sagu masih rasa seketul-seketul. Nak tahu bagaimana cara buat sagu gula melaka? Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Cara Buat Sagu Gula Melaka, Bila Makan Rasa Ketul-Ketulnya. Macam Ni Baru Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • Nisan@gula melaka
  • Susu cair
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Rendah atau lalukan sagu di bawah air. Kemudian toskan.
  2. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu bersama daun pandan. Masak sehingga likat dan biji putih sagu hilang. Boleh titiskan sedikit pewarna yang disukai.
  3. Empunya resepi kacau sekejap, kemudian kukus sebentar. Boleh ikut cara mana-mana, yang penting sukatan betul.
  4. Bila dah masak, biarkan sejuk.
  5. Masakkan gula melaka bersama secawan air. Masak sehingga cair dan sejukkan.
  6. Cara makan, tuangkan gula melaka kemudian masukkan sagu, baru masukkan susu cair.Cara Buat Sagu Gula Melaka
  7. Selamat mencuba.

Kredit: Noorlinda Ngah

tags: