Jom cuba resepi sambal hitam express yang padu ini. Kalau resepi original kena masak belimbing berjam-jam. Ikut resepi ni, sekejap sahaja dah siap! Boleh la cuba kalau tiba-tiba teringin nak makan, tapi tak nak tunggu lama. Ini resepinya.
Cara Buat Sambal Hitam Express Padu. Tak Perlu Tunggu Berjam-jam Untuk Masak
Bahan-bahan:
- Bawang besar
- Bawang kecil
- Bawang putih
- Cili api
- Belimbing
- Cili flakes
Cara-cara:
- Potong semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar.
- Kemudian tumis bahan kisar tadi dalam kuali.
- Sambil itu, goreng ikan bilis sampai rangup dan tumbuk menggunakan lesung sehingga jangan terlalu hancur.
- Dalam kuali tadi, masukkan garam, kicap, sos tiram dan perasa.
- Dah cukup masak, masukkan ikan bilis tadi.
- Siap!
Kredit: Aida Husin