Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sendiri Kopi Cappucino Panas Seakan Oleh Barista Ternama, Sekali Slurppp Confirm Ketagih!

Cara Buat Sendiri Kopi Cappucino Panas Seakan Oleh Barista Ternama, Sekali Slurppp Confirm Ketagih!

Kategori:
kopi cappucino

Siapa peminat kopi di sini? Pasti jika sehari tak teguk kopi boleh buat mood anda bercelaru kan? Haaa jom min kongsikan cara untuk buat sendiri kopi cappucino yang sedap dan lazat ni.

Seperti sedia maklum, kopi cappucino adalah kopi yang mempunyai ‘foam’ atau buih yang melembutkan rasa kopi apabila kita diteguk. Kalau korang nak rasa kopi sedap dan dalam masa yang sama nak jimat, boleh sahaja buat di rumah ya.

Perkongsian ini telah dikongsi oleh Puan Safillah Alivi. Memang sedap ya amat.

“Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee di barista yang ternama. Saya buat banyak sikit. Lebihannya boleh simpan seminggu dalam peti sejuk,” katanya. Okay, jom cuba!

Cara Buat Sendiri Kopi Cappucino Panas Seakan Oleh Barista Ternama, Sekali Slurppp Confirm Ketagih!

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu Nescafe Classic Decaf
  • 4 sudu brown sugar
  • 4 sudu air panas
  • susu segar – farm fresh atau dutch lady

Cara Penyediaaan:

  1. Letakkan 4 sudu kopi dan 4 sudu brown sugar. kopi cappucino
  2. Letakkan air panas.kopi cappucino
  3. Sebatikan dan on kan mixer. kopi cappucino
  4. Mix sampai gebu macam ni. Bila nak pakai hanya ceduk sahaja. kopi cappucino
  5. Hot cappucino. Panaskan susu, letak mixture kopi tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture kopi ini. kopi cappucino

Yeayyy! Dah siap kita punya kopi cappucino yang lazat dan berkrim ni. Memang sedap dan berbaloi buat sendiri. Kalau dekat kedai dah RM10 ke atas. Jadi korang dah boleh jimat dengan resipi ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Safillah Alivi

Baca juga: “Coffee Yang Tolong Aku, Turun 30KG!” – Lelaki Ini Kongsikan Resipi Mudah Kopi Diet Yang Rendah Kalori & Low Budget!

tags: |