Tiap kali beli buah potong, pasti satu paket serbuk akan disediakan untuk dinikmati bersama buah-buahan yang dibeli. Memberi rasa yang manis dan masam, serbuk itu merupakan serbuk asam boi yang boleh didapati di mana-mana pasaraya.
Kalau rasa tak rajin untuk membelinya, apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah? Di sini kami berkongsi resepi serbuk asam boi yang telah diolah oleh Siti Khadijah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Cuma perlu tiga bahan, tentu menjadi.
Sebab mengapa resepi ini tidak mempunyai sukatan tertentu kerana ia terpulang pada si pembuat. Kalau rasa nak lebih manis, boleh tambahkan gula, kalau nak rasa yang masam, boleh lebihkan serbuk plum. Semuanya atas anda.
Pastikan anda letakkan sedikit serbuk asam boi ini tiap kali nak nikmati mana-mana buah-buahan, tentunya menjadi lebih enak.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Siti Khadijah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Jeruk Betik, Buat Sebalang Pun Terus Habis Sebab Terlajak Sedap!