Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Beli Dah, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri. Boleh Diguna Dalam Pelbagai Resepi

Tak Perlu Beli Dah, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri. Boleh Diguna Dalam Pelbagai Resepi

Kategori: ,
Serbuk Perasa Cendawan

Dalam memasak, kita memerlukan pelbagai serbuk perasa untuk meningkatkan rasa hidangan yang sedang dimasak. Selain MSG, serbuk perasa cendawan turut menjadi pilihan yang bagus bagi memberi rasa umami dan savori.

Walaupun ada pelbagai jenis serbuk perasa cendawan di pasaran, seeloknya kita cuba membuatnya sendiri di rumah. Langkahnya lebih mudah sahaja, ikuti resepinya yang telah dikongsikan oleh Nawal Yasmin Mat Noh di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Tak Perlu Beli Dah, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri. Boleh Diguna Dalam Pelbagai Resepi

Bahan-bahan

  • 100 gram cendawan kering – dapatkan di sini
  • 50 gram garam
  • 50 gram gula

Cara-caranya

  1. Basuh cendawan kering sehingga bersih dan keringkan dulu. Lap dengan kain atau tisu. Serbuk Perasa Cendawan
  2. Masukkan cendawan dalam oven atau airfryer selama 20 minit dan pada suhu 100 darjah celcius.
  3. Keluarkan cendawan yang dibakar dari oven atau airfryer dan biarkan sejuk seketika.
  4. Kemudian, masukkan garam, gula dan cendawan yang dibakar tadi dalam pengisar atau Thermomix dan kisar selama 1 minit atau sehingga menjadi serbuk yang halus. Serbuk Perasa CendawanSerbuk Perasa Cendawan
  5. Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan dalam masa 6 bulan. Serbuk Perasa Cendawan Serbuk Perasa Cendawan Serbuk Perasa Cendawan

Siapa kata susah nak buat serbuk perasa sendiri di rumah? Ikuti sahaja resepi dan langkah ini dan serbuk perasa cendawan anda berjaya disediakan. Anda juga boleh menggunakannya dalam pelbagai jenis resepi jadi rugi kalau tak cuba.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikannya pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nawal Yasmin Mat Noh di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Jom Belajar Cara Buat Kacang Botol Goreng Belacan, Sangat Rangup & Memuaskan Bila Makan

tags: | | |