Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serunding Ayam Guna Breadmaker, Lebih Mudah & Jimat Masa

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serunding Ayam Guna Breadmaker, Lebih Mudah & Jimat Masa

Kategori: ,
SERUNDING AYAM

Breadmaker merupakan alat dapur yang sangat berguna. Bukan sahaja untuk menyediakan pelbagai jenis roti dan kek, ianya juga boleh membantu menyediakan hidangan lain seperti dodol dan serunding ayam.

Ya, serunding ayam juga boleh disiapkan dengan menggunakan breadmaker. Ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Kak Yong Ima Shida di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Memang mudah dah ringkas sahaja caranya.

Cara Buat Serunding Ayam Guna Breadmaker

Bahan-Bahan

  • 360gram dada ayam
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar kicap sotong atau ikan
  • 2 sudu besar gula
  • 1 kiub ayam maggi
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil rempah kari daging

Cara Penyediaan

  1. Rebuskan ayam sehingga sederhana masak dan carikkan isi sederhana kasar.
  2. Ambil isi ayam yang telah dicarikkan tadi dan gaul bersama bahan-bahan lain.
  3. Sediakan breadmaker dan masukkan serunding ke dalamnya. Guna setting jam.
  4. Putarkan selama 2 kali.
  5. Bila tekstur serunding kelihatan sesuai, sama seperti serunding yang dijual di kedai, ianya sudah siap untuk dinikmati. SERUNDING AYAM SERUNDING AYAM SERUNDING AYAM

Dengan adanya breadmaker, apa jua hidangan boleh disediakan. Serunding ayam pun boleh, tak perlu masa dan tenaga yang banyak, biarkan breadmaker sahaja yang buat kerja selebihnya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Kak Yong Ima Shida via MAHN

Baca Juga: Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Kuih Pulut Merah Inti Kacang @ Kuih Cina Dengan Mudah Di Rumah

tags: |