Malaysia memang terkenal dengan pelbagai pilihan kuih-muih yang menarik. Enak dinikmati ketika sarapan dan minum petang, kuih-muih masih lagi dijual di gerai-gerai kecil.
Dengan berbagai jenis, mudah untuk kita berasa keliru dan kini, tak semua anak muda mengenali segala jenis yang ada. Antara kuih yang makin dilupakan adalah Kuih Pulut Merah Inti Kacang atau lebih dikenali dengan nama Kuih Cina. Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Amirul Asyraf di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
Resepi Kuih Pulut Merah Inti Kacang Atau Kuih Cina
Bahan-Bahan
Bahan A
- 1 peket tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- Pewarna merah
- Air
Bahan B
- Kacang tanah atau kacang merah (untuk dijadikan inti)
- Minyak masak
- Daun pisang
Cara Penyediaan
- Satukan bahan A sehingga menjadi doh yang lembut (Air itu agak-agak sahaja, ikut kuantitit tepung).
- Bulat-bulatkan (mengikut saiz yang kita suka) kemudian intikan.
- Sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dipotong bulat. Tujuannya untuk mengelakkan tepung melekat.
- Letakkan doh yang telah diinti tadi di atas daun pisang.
- Sapukan sedikit minyak di permukaan tepung supaya nampak berkilat.
- Susun di dalam loyang pengukus (bertindih pun tak mengapa).
- Panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Kukus selama 15 hingga 20 minit.
- Siap untuk dinikmati.
Resepi ini memerlukan pengukus, jadi ianya mudah sahaja untuk menyediakan. Bagi anda yang nak cuba pelbagai jenis kuih di Malaysia, jangan lupa untuk cuba resepi ini di rumah. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati. Namun bagi mereka yang alergik dengan kacang, tidak disarankan untuk cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Amirul Asyraf via BIKMM
Baca Juga: Resepi Kuih Tradisional Kaswi Gula Merah, Dijamin Sedap!