Ikan siakap semestinya sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ada siakap stim limau, siakap tomyam, siakap tiga rasa, siakap sambal kicap dan banyak lagi, masak apa pun tetap sedap dengan ikan siakap ini.
Bagi anda yang berminat dengan menu siakap yang baru, boleh lah mencuba siakap nyonya grill yang sangat mudah untuk dimasak. Sedapnya hingga tinggal tulang sahaja nanti.
Selama ini, menu siakap tak pernah mengecewakan jadi anda boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh Eryn TJ di group Resepi Memikat Hati Suami. Jom baca untuk ketahui caranya.
Memang mudah sahaja menu siakap kali ini, kan? Tak perlu nak lama-lama di dapur, buat menu ini mesti semua suka. Rasa sos nyonya itu hingga ke tulang. Jangan berebut sudah bila makan. Makan siakap nyonya dengan nasi putih memang kena dengan selera. Fuhhh! Sedapnya!
Selamat mencuba! Tambah berkali-kali pun boleh.
Kredit: Eryn TJ via Resepi Memikat Hati Suami