Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sotteok-Sotteok, Street Food Yang Femes Di Korea. Letak Lebih Banyak ‘Sos Istimewa’ Ini Untuk Lebih Puas Hati

Cara Buat Sotteok-Sotteok, Street Food Yang Femes Di Korea. Letak Lebih Banyak ‘Sos Istimewa’ Ini Untuk Lebih Puas Hati

Kategori: ,,
Sotteok-Sotteok

Penggemar makanan Korea pasti tidak asing lagi dengan hidangan Sotteok-Sotteok, kan? Ia merupakan antara street food yang sangat terkenal dari negara tersebut. Hidangan ini mempunyai rice cake dan sosej yang telah dicucuk pada lidi dan dicalit sos istimewa yang cukup rasanya.

Jika anda ingin merasainya, di sini kami berkongsi resepi Sotteok-Sotteok dari MariMogo yang ringkas dan mudah sahaja untuk disediakan. Tak perlu ke Korea pun nak mendapatkan bahan-bahannya, semuanya mudah didapati.  Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!

Cara Buat Sotteok-Sotteok, Street Food Yang Femes Di Korea. Letak Lebih Banyak ‘Sos Istimewa’ Ini Untuk Lebih Puas Hati

Bahan-bahan (untuk 6 cucuk sotteok)

  • 18 ketul rice cake (dapatkan di sini)
  • 12 ketul sosej cocktail
  • Lidi pencucuk
  • Minyak

Bahan sos istimewa

  • 2 sudu besar pes gochujang
  • 1 sudu kecil bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 6 sudu kecil sos tomato
  • 4 sudu kecil madu

Cara-caranya

  1. Didihkan air dan rebus rice cake selama 1 minit. Kemudian, angkat dan toskan.
  2. Setelah itu, rebus pula sosej cocktail selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk membuat sotteok, cucukkan rice cake dan sosej secara selang seli. Pastikan anda cucuk tiga rice cake dan dua sosej untuk satu lidi pencucuk.
  4. Tuangkan minyak ke dalam frying pan dan goreng sotteok sehingga sedikit garing. Setelah itu, angkat dan ketepikan.
  5. Untuk membuat sos, campurkan kesemua bahan sos dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  6. Sete;ah itu, sapukan sos ke atas sotteok yang telah digoreng. Sapu sos secara merata.
  7. Hidangkan di dalam pinggan dan sotteok anda sedia untuk dimakan. Sotteok-Sotteok Sotteok-Sotteok

Dah siap Sotteok-Sotteok kita ni. Nampak sangat sedap, kenyang kalau layan beberapa cucuk. Sos istimewa itu pastikan calit banyak-banyak tau untuk berikan Sotteok-Sotteok anda rasa yang cukup manis, masam, masin dan pedas.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: MariMogo

Baca Juga: Ini Cara Buat Rabokki Dengan Mudah. Semuanya Lengkap, Macam Berada Di Korea Pula!

tags: | | | |