Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Tempoyak Durian Yang Mudah, Menjadi & Sedap! Tahan Lama Pulak Tu.

Cara Buat Tempoyak Durian Yang Mudah, Menjadi & Sedap! Tahan Lama Pulak Tu.

Kategori: ,
cara buat tempoyak durian

Pada entri kali ini Daily Makan akan kongsikan cara buat tempoyak durian itu sendiri. Selalunya kita makan yang sudah siap dengan masakan seperti tempoyak ikan patin, sambal ikan bilis tempoyak dan lain-lain.

Sebenarnya sangat mudah untuk buat tempoyak durian ini. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi. Ikuti resepi seperti dibawah.

Resepi Tempoyak Durian Yang Mudah

Cara Masak Tempoyak Durian

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Isi durian
  • Sedikit garam halus

Cara-cara penyediaan:

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya menggunakan pisau.
  2. Ulang langkah 1 hingga selesai. Tambahkan sedikit garam halus pada isi durian. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan isi durian ke dalam bekas simpanan.
  4. Jangan isi penuh (isi hanya 8/10) kerana isi durian akan mengembang dan ruangan kosong diperlukan.
  5. Biarkan bekas tempoyak di luar sekurang-kurangnya 24 jam – 48 jam untuk memberikan rasa masam kepada isi durian tadi.
  6. Kemudian, simpan di dalam peti ais dan sedia digunakan sebagai tempoyak.

Tips membeli durian untuk dijadikan sebagai tempoyak, beli durian yang sudah direjek. Harga lagi murah dibandingkan dengan durian baru. Selamat mencuba! Belum cuba belum tahu.

Kredit: Raikan Kasih

tags: