Bagi yang suka makan tempoyak, selain daripada sambal tempoyak, pastilah ikan patin masak tempoyak yang jadi pilihan kan? Berikut merupakan resepi ikan patin masak tempoyak yang sangat sedap dan boleh memukau selera orang yang menikmatinya. Makan bersama ulam-ulaman ditambah pula dengan budu & belacan, confirm tambah nasi!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 7-15 biji cili api (sesuai selera)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung gandum (basuh ikan untuk buang bau hanyir)

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Kisar halus cili padi, kunyit, dan tempoyak bersama sedikit air.
  2. Tuang bahan kisar ke atas ikan tadi. Perap selama 15 minit.
  3. Panaskan periuk, masukkan ikan tadi. Kemudian, tambahkan air secukupnya.
  4. Masukkan bungan kantan dan daun kesum. Kacau. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau. Setelah itu, masak sebentar.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Tonton video dibawah untuk lebih lanjut:

Kredit: Masak Apa Hari Ni

5/5 (3 Reviews)
(This post has been visited 13 times!)