Sambal tempoyak memang sedap dan hot. Tambahan lagi, apabila dinikmati bersama ulam-ulaman. Tetapi tak semua yang suka makan tempoyak. Betul ke tak? Jom kita pelajari cara membuat resepi sambal
tempoyak yang simple dan mudah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu tempoyak
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 biji cili api
  • 1 batang serai (dititik)
  • Ikan bilis (tumbuk halus)
  • Kunyit hidup sedikit
  • Garam secukupnya

Cara membuat sambal tempoyak:

  1. Kisar bawang merah, kasar cili api dan kunyit dengan menggunakan blender.
  2. Tumis semua bahan kisar tadi bersama ikan bilis serta, masukkan serai hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan tempoyak dan kacau hingga sebati. Masak sebentar.
  4. Bila dah agak masak, masukkan sedikit garam.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

P/S: Inginkan variasi sambal versi ikan bilis pula? Baca disini nukilan Sambal Tempoyak Ikan Bilis.

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 10 times!)