Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Kategori: ,

Berbalik pada sambal tempoyak, rahsianya ialah penggunaan isi durian yang baru yang masih manis. Sambal tempoyak boleh dimasak dengan pelbagai versi seperti sambal tempoyak ikan bilis, sambal tempoyak udang dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika dicampur dengan petai. Fuhh, memang sedap dan sangat menyelerakan. Nah saya kongsikan resepi sambal tempoyak ikan bilis. Cara penyediaannya juga adalah mudah dan simple.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun boleh)
  • *10-15 biji cili padi (ditumbuk)
  • *0.5 cm kunyit hidup (ditumbuk lumat)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Sehelai daun kunyit (dihiris)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (sesuai selera)

Cara membuat sambal tempoyak ikan bilis:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan2 tumbuk.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan sedikit garam.
  4. Selepas 3 minit, bila dah naik bau, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

P/S: Sambal ini sedap kalau dimakan bersama nasi lauk ikan patin masak tempoyak. Makan panas-panas dengan keluarga memang berselera!

tags: |