Semenjak penggunaan air fryer mula viral, orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Bukan sahaja menjimatkan, air fryer juga memudahkan kerja memasak di dapur serta sesuai bagi mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Namun tak semua tahu cara yang betul untuk mencucinya. Jika tersalah, ia akan menyebabkan air fryer yang dibeli dengan ratusan ringgit akan mudah cepat rosak. Akhirnya membazir. Di sini kita akan kongsikan cara betul dan berkesan untuk cuci air fryer supaya tahan lama dan tidak mudah rosak. Tips ini telah dikongsikan oleh Amanda Tan.
Cara Betul Dan Berkesan Untuk Cuci Air Fryer Supaya Tahan Lama Dan Tidak Mudah Rosak
Bahan-Bahan
- Cuka buatan
- Soda bikarbonat
- Span lembut
- Sabun cuci pinggan
- Kain bersih
- Berus plastik
Cara Cuci Bahagian Dalam
- Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan dah ditutup suis.
- Keluarkan bakul jaring dan letakkan di tepi.
- Ambil tisu dan lap sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan dalam supaya memudahkan proses anda mencuci nanti. Kemudian, masukkan kembali jaring ke dalam bakul.
- Didihkan air dan gunakan air panas yang dituang ke dalam bakul air fryer. Ini bagi memudahkan sisa makanan tertanggal, rendam selama 3 minit. Jangan guna span besi basuh pinggan kerana akan mengeluarkan coating jaring bakul.
- Masukkan satu penutup cuka dan suka sudu soda bikarbonat. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda untuk mengeluarkan lagi sisa makanan.
- Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, anda boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk cuci bahagian jaring.
- Tuangkan air rendaman tadi kemudian cuci air fryer seperti biasa. Pastikan anda cuci bahagian dalam menggunakan tangan untuk mengelakkan ia dari terhakis. Bilas dan siap.
Untuk memastikan air fryer anda kekal lama dan bersih elok, amalkan tips ini. Sangat berkesan dan sesuai digunakan untuk semua jenis air fryer yang ada di pasaran.
Semoga info ini membantu.
Kredit: Amanda Tan
Baca Juga: Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau.