Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Biasa Masak Pulut Guna Rice Cooker? Ini Dia Cara & Tipsnya Yang Mudah, Letak Roti Untuk..

Tak Biasa Masak Pulut Guna Rice Cooker? Ini Dia Cara & Tipsnya Yang Mudah, Letak Roti Untuk..

Kategori: ,
tips masak pulut guna rice cooker

Selain nasi dan roti, pulut juga merupakan salah satu makanan utama rakyat Malaysia. Malah jika di Thailan, pulut ini merupakan pilihan utama. Sama seperti beras namun pulut ini lebih berkanji. Oleh sebab itu, pulut yang dimasak lebih melekit dan lembik berbanding beras.

Malah harga bagi pulut ini juga lebih mahal berbanding dengan beras. Masyarakat Thailand dan Myanmar amat menggemari pulut ini dan mereka percaya makan pulut boleh membuatkan mereka menjadi cantik. Selain makan, mereka juga ada membuat masker pulut.

Pulut ini mempunyai ciri warna yang tidak berkilat dan ia ditanam secara meluas di bahagian Timur dan Tenggara benua Asia. Selain dimakan bersama kelapa parut pulut ini juga sering dijadikan ketupat, tapai, pulut manis, pulut lepa dan juga pulut kuning.

Pelbagai jenis hidangan yang boleh disediakan daripada bijirin pulut ini. Begitu juga dengan cara memasaknya. Ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu cara betul masak pulut guna rice cooker. Kebanyakan daripada kita terbiasa menggunakan dapur gas atau pun dikukus sahaja.

Mungkin kali ini anda semua boleh ikut tips masak pulut guna rice cooker yang dikongsikan oleh Wawa Zain ini. Pastinya memasak pulut menggunakan rice cooker akan lebih mudah dan cepat.

Tips masak pulut guna rice cooker, lebih cepat dan mudah!

  1. Basuh beras pulut macam biasa.
  2. Lebihkan sedikit air paras pulut.
  3. Letak sedikit garam bagi rasa lemak-lemak. Sedikit sahaja garam himalaya.
  4. Letak sedikit minyak masak. 2 cawan beras pulut bersamaan dengan 2 sudu besar minyak masak.
  5. Buka suis dan biarkan pulut masak.

Tips: Kalau pulut terlebih lembik anda boleh masukkan sekeping roti kosong dan buka suiz balik.

Mudah sahaja kan masak pulut menggunakan rice cooker ini. Kalau nak masak pulut secara kukus pun boleh tau. Cara kukus ini juga turut mudah dan pastinya pulut anda langsung tidak berkerak. jom kita ikuti cara kukus pulut di bawah ini.

Cara kukus pulut yang mudah dan tak berkerak!

Sis lebih suka kukus pulut daripada tanak. Kukus tapinisi air bukan macam kukus pulut kuning tu. 

Tips nak masak pulut secara kukus macam ni atau tanak. Air tu wajib paras pulut sahaja. Tak kisahlah banyak mana pulut pun. Sekilo ke. 3 kilo ke. Ais paras pulut sahaja. Tak perlu rendam. Kalau nak rendam kejap 1 hingga 2 pun boleh. Kadang-kadang sis tak rendam pun. 

Bahan-bahan:

  • Air
  • Pulut
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bersih pulut dan letak air paras pulut sahaja. Tak kisahlah pulut banyak mana. Lepas ni tak payah tanya dah pulut 1 cawan air banyak mana.
  2. Kemudian kukus selama 20 hingga 30 minit.
  3. Siap. Pulut pun cantik dan tak berkerak.

Mudah sahaja kan cara dan tips di atas? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula memasak pulut sekarang. Anak muda atau lelaki bujang yang tak pernah masak pun boleh masak tau. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Kredit: Wawa Zain & Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Masak Nasi Goreng Supaya Tak Cepat Basi, Sampai Ke Petang Masih Lagi Elok & Sedap!

tags: | | |