Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Semua Kena Buat! Ini Cara & Tips Simpan Beras Untuk Kegunaan Waktu-Waktu Kecemasan

Semua Kena Buat! Ini Cara & Tips Simpan Beras Untuk Kegunaan Waktu-Waktu Kecemasan

Kategori: ,
cara simpan beras

Selain inflasi makanan kita juga dinasihatkan simpan bekalan makanan untuk tempoh yang agak lama. Bimbang jika suatu hari nanti berlaku kejadian yang tidak diingini. Sehingga menyebabkan kita semua hilang sumber makanan dan seterusnya berlaku kebuluran.

Isu kebuluran ini pernah dikeluarkan oleh beberapa pihak yang boleh dipercayai bahawa kita semua bakal menghadapi satu fasa kebuluran yang tidak pernah berlaku lagi sebelum ini. Kita tidak pernah lagi merasai suasana sebegitu namun mungkin suatu hari nanti kita bakal menghadapinya.

Jadi seandainya kejadian tersebut benar-benar berlaku apa persediaan yang boleh kita lakukan? Apa kata kita lakukan persediaan mental, fizikal serta bekalan makanan seperti mana yang disarankan oleh mereka yang pakar.

Persediaan ini bukan sekadar untuk zaman kebuluran nanti tetapi untuk saat dan ketika ini juga. Memandangkan zaman kita ini, dapat dilihat dengan jelas cuaca yang tidak menentu. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga apa kata kita lakukan persediaan makanan mulai sekarang.

Kita bermula dengan beras memandangkan beras ini makanan ruji masyarakat kita. Untuk menyimpan beras dalam tempoh yang lama ada caranya yang tersendiri tau, jadi apa kata kita ikuti cara dan tips simpan beras dari Mardziatul Irqin ini. 

Cara Dan Tips Simpan Beras Yang Betul Serta Tahan Lama

Ramai yang inbox dan komen macam mana nak prep beras, ni sharing dari beberapa cara dan tips yang korang boleh guna. Moga sharing memberi manfaat dan dapat bantu sikit-sikit. Selamat mencuba. 

Jangan stop prep, please prep!!! Demi sesuap makanan. Kawalan infestation beras ni ada beberapa faktor, antaranya adalah udara (oxygen), suhu dan kelembapan. Kalau boleh cari cara untuk kawal faktor ni insyaAllah tahan lama.

Kutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan dia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Kutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18°C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55°C lebih dari 2 jam (ini berdasarkan maklumat pembacaan saya kaji tentang kutu beras). Sebab tu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.

Beras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi. Kehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yang condusive untuk pembiakan kutu tadi, kalau masih ada larvae kutu yang survive semasa food preservation process.

Test run saya buat dr tahun 2016, guna botol mineral 500ml, compact kan, dan tutup ketat, tanpa additional OA. Setakat hingga tahun ni, tiada kutu beras langsung. Setiap tahun sy cuba masak satu botol untuk rasa, beras boleh dimakan, tiada toxication, cuma rasa kurang fresh. Warna beras juga jadi sedikit kekuningan over the year.

Tips kedua: 

  1. Cari tapis, letakkan atas periuk/ bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya KERING.
  2. Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas tu asingkan ke dalam bekas bersih lain.
  3. Kutu dan habuk terkumpul. Beras yang terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.
  4. Makhluk perosak yang telah diasingkan.
  5. Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc).
  6. Kalau nak guna pon tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap-siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.
  7. Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk adalah dengan menggunakan cili kering dan asam keping. 

Tips ketiga: 

Paling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahai sikit Rm35/sehelai.  Ada 2 jenis RZ30 (ziplock – tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat). Boleh contact 01156290366 untuk beli)

Mudah dan terperinci kan cara simpan beras yang dikongsikan oleh wanita ini. Jadi tunggu apa lagi tu? Setiap orang dan setiap rumah perlu buat ni tau. Jom kita siap sedia mulai sekarang!

Kredit: Mardziatul Irqin

Kredit gambar: Khatijah Yana, Salwa Zeyn, Noor Ayuni

tags: | |