Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara ‘Express’ Untuk Sediakan Puff Pastry Inti Kastad & Kaya Di Rumah, Sangat Mudah!

Wanita Ini Kongsi Cara ‘Express’ Untuk Sediakan Puff Pastry Inti Kastad & Kaya Di Rumah, Sangat Mudah!

Kategori: ,
Puff Pastry Inti Kastad

Puff pastry serba boleh! Ia merupakan sejenis pastri yang sesuai digunakan dalam pelbagai jenis hidangan. Tak kisahlah hidangan savori atau sebagai pencuci mulut, ia unik dan boleh dijadikan macam-macam.

Bagi penggemar manisan pula, puff pastry juga boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan puff pastry inti kastad dan kaya ini. Resepi express ini telah diolah oleh Aisyah Humaira dan dikongsikan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca caranya menyediakannya di sini.

Wanita Ini Kongsi Cara ‘Express’ Untuk Sediakan Puff Pastry Inti Kastad Dan Kaya Di Rumah, Sangat Mudah!

Bahan

  • 2 pek kecil puff pastry Puff Pastry Inti Kastad

Bahan inti

  • 300 gm susu full cream
  • 30 gm tepung kastad
  • 1 sudu besar esen creamy vanilla – dapatkan di sini
  • 1 sudu kecil esen french vanilla
  • 2 sudu besar Seri Kaya jenama SUNSTAR
  • Gula perang secukup rasa
  • Secubit garam
  • 300 gm non-dairy whipping cream

Cara penyediaan

  1. Potong kulit pastry kecil. Kemudian, susun di atas loyang dan biarkan lembut dahulu baru dibakar dengan suhu 180 hingga 200 darjah celcius selama 20 minit sehingga keperang-perangan. Bila sudah, keluarkan dari oven dan ketepikan. Puff Pastry Inti KastadPuff Pastry Inti Kastad
  2. Seterusnya, masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-diary whipping cream ke dalam periuk.  Puff Pastry Inti Kastad
  3. Kacau dengan sebati. Buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
  4. Setelah adunan likat dan kelihatan berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian chiller). Puff Pastry Inti Kastad
  5. Pukul non-diary whipping cream sehingga kental atau gebu dan masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati. Puff Pastry Inti Kastad
  6. Masukkan inti yang telah siap ke dalam pipping bag (beg pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.  Puff Pastry Inti Kastad Puff Pastry Inti Kastad

Begitu mudahnya untuk menyediakan hidangan puff pastry inti kastad dan kaya ini, kan? Caranya pun jauh lebih mudah, tak perlu penat-penat buat sendiri puff pastry, guna yang sedia ada pun sedap. Inti itu paling penting kerana ia menambahkan elemen manisan pada hidangan ini.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Aisyah Humaira di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Overnight Oat Supaya Tak Cepat Muak, Paling Penting Tukar & Guna Bahan Ini

tags: | | |