Overnight oats merupakan sarapan pagi pilihan bagi mereka yang sedang berdiet dan ingin menjaga bentuk tubuh badan. Selain tinggi dengan serat dan nutrein, ia juga boleh disediakan terlebih dahulu sebelum dimakan untuk esok pagi. Mudah, kan?
Tapi ramai yang tidak begitu menggemarinya kerana cepat muak. Ini kerana ramai yang tersalah pilih jenis oats ketika menyediakan. Banyak resepi yang menggunakan instant oats untuk lebih cepat tapi di situ la silapnya!
Nak tahu cara buat overnight oats supaya tak cepat muat? Ini dia resepi yang telah dikongsikan oleh Nad Masrom di laman Facebook. Femes sangat sampai berjaya raih lebih dari 2 ribu shares. Jom baca secara lebih lanjut!
Resepi Overnight Oat Supaya Tak Cepat Muak, Paling Penting Tukar & Guna Bahan Ini
Bahan-bahan
- Susu segar
- Peanut butter
- Rolled oat (inilah bahan rahsianya)
- Buah-buahan pilihan anda
- Bekas
Cara penyediaan
- Letakkan empat sudu rolled oats di dasar bekas.
- Tambahkan satu sudu besar peanut butter.
- Letakkan buah-buahan pilihan anda.
- Tuangkan susu segar.
- Simpan dalam peti ais di bahagian chiller semalaman.
- Siap untuk dinikmati.
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa rolled oats lebih elok dari instant oat, kan? Ini kerana rolled oat mempunyai struktur yang lebih kasar dan tebal. Kalau dijadikan overnight oat, ia takkan cepat muak jadi sangat sesuai dalam resepi ini.
Lepas ni barulah best bila menikmati overnight oats, rasa pun sedap sangat dan dah tak cepat muak! Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Nad Masrom