Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering, Jangan Buang Baru Tak Membazir!

Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering, Jangan Buang Baru Tak Membazir!

Kategori:
KULIT POPIA YANG KERING

Kulit popia akan menjadi kering setelah lama di dalam peti sejuk beku atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia menjadi kering.

Rupanya ada cara mudah untuk melembutkan kulit popia yang keras dan kering itu tanpa perlu dibuang, barulah tidak membazir.

Kalau nak tahu cara-caranya, lihat perkongsian oleh Bee Keng di bawah. Sedapnya kalau buat popia udang atau apa-apa jenis popia!

Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering & Keras

Cara-caranya:

  1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung)**Kain lembap bukan basah ya. Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
  2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
  3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih, basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.
  4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.

Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.

Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.

Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).

Namun demikian kadang2 kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.

Kredit: Bee Keng

Baca Juga: Resepi Karipap Telur Gergasi ‘Terlajak’ Sedap. Mudah Sangat Nak Buat, Guna Roti Paratha Sahaja!

tags: