Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Karipap Telur Gergasi ‘Terlajak’ Sedap. Mudah Sangat Nak Buat, Guna Roti Paratha Sahaja!

Cik Lawa by Cik Lawa
Januari 10, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
resepi karipap telur gergasi
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Karipap merupakan antara kuih yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Sudah berabad lamanya, namun kuih yang berintikan ikan atau ubi kentang ini masih lagi disukai ramai pada zaman moden ini. Walaupun begitu, pasti anda sudah bosan kan asyik makan karipap biasa sahaja.

BacaJuga

sambal telur hancur

Cara Buat Sambal Telur Hancur Yang Sedap, Ada Tipsnya Untuk Bagi Garing. Sesuai Untuk Sahur!

Mac 30, 2023
76
Bagi 30 Biji ‘Lato-Lato’ Kepada Bangsudu, Rezeki Peniaga Nasi Lemak Ini Dapat Pelanggan Baik Hati & Dapat Content Best

Bagi 30 Biji ‘Lato-Lato’ Kepada Bangsudu, Rezeki Peniaga Nasi Lemak Ini Dapat Pelanggan Baik Hati & Dapat Content Best

Februari 20, 2023
5

Jadi apa kata kali ini kita cuba buat karipap yang besar pula. Anda boleh ikuti perkongsian resepi Karipap Telur Gergasi dari Zainor Shima Ihsan di bawah ini. Caranya sangat mudah, guna kulit roti prata sahaja.

Cara Buat Karipap Telur Gergasi Yang Mudah & Sangat Sedap!

Bahan-bahan:

  • Roti prata segera brand Kawan
  • Telur ayam
  • Bawang besar/bawang merah\
  • Cili merah/cili hijau
  • Garam
  • Daun sup/daun bawang
  • Serbuk kari/serbuk paprika
  • Coleslaw (kobis, lobak, mayonis + sos keju/serbuk lada putih/garam bukit. Satukan hingga sebati)
  • Cream cheese/mozarella/cheddar (lagi best so delicious)

* Anda boleh isi inti apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.

Cara Penyediaan:

  1. Ambil sekeping roti prata. Letak dalam pinggan melengkung untuk mengelak telur tumpah.
  2. Pecahkan sebiji telur dalam roti prata. Masukkan bawang, daun sup, serbuk kari dan paprika. Masukkan juga garam, cilii dan coleslow tadi.
  3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ya. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit.
  4. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku dalam 5 minit untuk kasi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata.
  5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180 darjah selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelah nya pula. Bakat suhu yang sama selama 10 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.

Mudah sahaja kan nak buat Karipap Telur Gergasi ini? Mudah sangat, tak payah nak adun tepung ke apa. Guna sahaja roti prata kemudian bakar. Bukan sahaja mudah, malah rasanya juga sangat sedap dan begitu menyelerakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Zainor Shima Ihsan

Baca juga: Resepi Karipap Pusing Yang Sangat Kemas Dan Cantik Terbentuk, Bila Goreng Memang Rangup

 

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
free download udemy paid course
download lenevo firmware
Tags: karipaptelur
ShareTweetSend

Related Posts

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam

Mei 28, 2023
33
ikan kerapu
Masak Apa Hari Ini?

Peminat Ikan Kerapu Sila Hadir! Ini Dia Resipi Ikan Kerapu Masak Masam Manis Yang Popular Di Malaysia

Mei 28, 2023
18
ayam bakar sekor
Masak Apa Hari Ini?

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!

Mei 28, 2023
46
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist