Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Pajeri Rambutan Yang Mudah, First Time Masak Mak Mertua Request!

Cara Masak Pajeri Rambutan Yang Mudah, First Time Masak Mak Mertua Request!

Kategori: ,
pajeri rambutan10

Buah rambutan mempunyai pelbagai khasiat yang luar biasa. Di samping, banyak menu masakan yang kita boleh cuba. Selain dibuat Kari Rambutan, buahan ini juga boleh dibuat Pajeri Rambutan.

Pajeri Rambutan? Mesti belum cuba lagi kan? Seperti yang semua tahu air rambutan yang manis boleh membuatkan pajeri rasa lagi sedap. Nak tahu cara-cara membuat Pajeri Rambutan ini? Jom ikuti resepi yang telah disediakan oleh Lemak Luak Rembau ini.

Resepi Pajeri Rambutan

Bahan tumisan:

  • Bawang kecil 10 ulas (dihiris) *lagi banyak,lagi sedap*
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Cili mesin *dalam setengah blander, nak pedas letak banyak*
  • Daun kari
  • 4 sekawan

Bahan lain:

  • Serbuk kari
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula merah
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan tumisan di atas bersama minyak.
  2. Apabila kering sedikit, letak serbuk kari.
  3. Kemudian, masukkan rambutan (rambutan yang fresh, tak payah rebus)
  4. Tunggu air rambutan kering sedikit dan masukkan santan (santan mengikut paras rambutan)
  5. Seterusnya, tunggu ianya kering sedikit dan masukkan kerisik (nak sedap letak banyak sikit)
  6. Masukkan gula merah dan garam mengikut rasa yang diinginkan.
  7. Tunggu kuah pekat sedikit dan siap untuk dihidangkan.pajeri rambutan1pajeri rambutan2pajeri rambutan3

Rupanya macam-macam jenis masakan yang kita boleh buat dengan buah rambutan, salah satunya Pajeri Rambutan ni. Tambah pula, sekarang musim rambutan, jadi anda semua boleh lah cuba!

Selamat mencuba!

Kredit: Lemak Luak Rembau

Baca Juga: Selain Dibuat Jeruk, Kedondong Juga Sangat Enak Dibuat Pajeri. Ini Resepinya Yang Mudah!

tags: |