Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Caranya Menyimpan Sayur-Sayuran Dalam Peti Ais, Tips Ini Dijamin Berkesan

Wanita Ini Kongsi Caranya Menyimpan Sayur-Sayuran Dalam Peti Ais, Tips Ini Dijamin Berkesan

Kategori: ,

Sayur-sayuran merupakan bahan dapur yang sangat berguna dan mudah didapati. Bukan sahaja murah, ianya juga sangat sesuai digunakan dalam pelbagai jenis resepi.

Namun, adakalanya ianya cepat rosak. Baru sahaja dibeli tapi setelah 3 hingga ke 4 hari ianya sudah mula kelihatan tidak segar dan rosak. Sebenarnya jika mahu sayur-sayuran anda kekal segar, ada beberapa cara untuk menyimpannya. Jika menggunakan teknik yang betul, ia akan kekal segar dan elok. MENYIMPAN SAYUR-SAYURAN 1

Cara Menyimpan Sayur-Sayuran

Di laman TikTok, seorang pengguna, yasminaliassss, memuat naik sebuah video dan berkongsi caranya untuk menyimpan sayur-sayuran supaya kekal segar dan tahan lebih lama.

  1. Tomato, pastikan anda memilih tomato muda, lapikkan dengan tisu dan simpan dalam bekas kedap secara terbalik.
  2. Jangan basuh cili, lapkan, buang tangkai dan simpan dalam bekas kedap udara yang telah dilapikkan dengan tisu. Boleh juga guna bekas yang berjaring macam cili merah.
  3. Simpan limau nipis dalam bekas yang ada tapis supaya sentiasa kering dan tiada takungan air.
  4. Untuk daun sup dan daun ketumbar, anda boleh simpan dalam bekas, isikan air separa akar sahaja. Sebelum itu, buang daun yang dah buruk atau kuning.
  5. Basuh daun pandan. Simpulkan, simpan dalam bekas dan letak di bahagian freezer.
  6. Bagi daun kari dan daun limau pula, simpan dalam plastik kecil dan isikan dengan air dan simpan di bahagian freezer.
  7. Untuk sayur hijau seperti kailan dan sawi, basuh, lap dan balut dengan tisu dan aluminium foil.
  8. Akhir sekali untuk bebawang, simpan di tempat kering dan berjaring.
@yasminaliassss

Cara saya simpan sayur supaya tahan lama dari biasa. Bekas simpan daun sup paling sy suka!! #tipssimpansayur #fridgeorganization #1212BONUS

♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

@yasminaliassss Cara saya simpan sayur supaya tahan lama dari biasa. Bekas simpan daun sup paling sy suka!! #tipssimpansayur #fridgeorganization #1212BONUS ♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Cubalah cara ini pula untuk menyimpan sayur-sayuran. Mungkin ia boleh tahan lebih lama jika menggunakan cara ini, sambil itu, dapat lah berjimat-cermat.

Semoga tips ini bermanfaat buat anda.

Kredit: TikTok yasminaliassss

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Menyediakan Nasi Untuk Nampak Cantik & Lerai, Cara Ini Sudah Diamalkan Selama 13 Tahun

tags: