Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Je Nak Buat Burn Cheesecake Ini Sebenarnya. Ikut Je 3 Langkah Ini. Confirm Menjadi & Sedap!

Mudah Je Nak Buat Burn Cheesecake Ini Sebenarnya. Ikut Je 3 Langkah Ini. Confirm Menjadi & Sedap!

Kategori: ,
resepi burn cheesecake

Siapa penggemar Burn Cheesecake? Kalau pergi mana-mana kedai kek, pasti kek ini menjadi pilihan. Rasanya yang berlemak memang power sangat. Burn Cheesecake ini sebenarnya berasal dari Sepanyol. Namun kini ia juga menjadi pilihan orang ramai, termasuk rakyat Malaysia.

Nak cuba buat sendiri? Jom ikuti resepi di bawah ini. Sangat mudah, hanya menggunakan tiga langkah sahaja. Cepat dan sangat sedap. Memang puas hati punya!

Resepi Mudah Burn Cheesecake Yang Sedap & Menyelarakan

BAHAN-BAHAN:

  • Cream cheese 250g
  • Gula halus 1/2 cawan
  • Telur 3 biji
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Whiping cream 125ml

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisarkan semua bahan hingga lembut.
  2. Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180° selama 25 minit.
  3. Dah siap, biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais. Apabila sejuk baru potong.

Mudah je kan nak buat Burn Cheesecake ini? Semua bahan tu kisar je. Kemudian terus bakar dalam Air Fryer. Tunggu bakar dan siap. Sekejap je kalau ikut caranya yang betul. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang!

Selamat mencuba !

Kredit resepi: Rizal KingRiz

Kredit gambar: Peanutlicious Bakery

Baca juga: Resipi Cheesekut Tanpa Bakar & Tanpa Gelatin, Sejukkan Semalaman Dah Boleh Makan!

 

tags: | |