Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Belimbing Buloh Boleh Dibuat Kismis? Ini Dia Cara Mudah Buat Kismis Dengan Belimbing Buloh. Sedap Sangat Rasanya!

Belimbing Buloh Boleh Dibuat Kismis? Ini Dia Cara Mudah Buat Kismis Dengan Belimbing Buloh. Sedap Sangat Rasanya!

Kategori: ,
belimbing buloh

Belimbing buloh atau nama saintifiknya ‘Averrhoa belimbi linn’ mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan dan masakan. Ia amat mudah dijumpai di kawasan kampung dan perumahan.

Pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi banyak khasiat. Buahnya juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah digunakan untuk membuat kismis seperti mana yang dikongsikan oleh Pn Zainun Haji Tun.

CARA MEMBUAT KISMIS BELIMBING BULOH YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  1. 2kg belimbing buloh
  2. 1kg gula pasir
  3. 1 sudu besar kapur sireh
  4. 1 liter air putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh belimbing dan rendamkan ke dalam air kapur selama lebih kurang 2 jam.
  2. Basuh, buang tangkai dan toskan.
  3. Masak 1/2kg air gula, apabila mendidih tuangkan belimbing dan biarkan sampai air gula agak pekat.
  4. Kacau perlahan dengan api yang kecil sampai air gula pekat.
  5. Jika belimbing masih rasa masam, tambahkan 1/2kg lagi gula dan kacau perlahan sampai air gula pekat.
  6. Tutup api, toskan belimbing sampai kering dan jemur.

Mudahkan buat kismis menggunakan belimbing buloh ni. Bila-bila masa je boleh buat, bahan yang diperlukan pun amat sedikit. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit resepi dan foto: Pn Zainun Haji Tun

Baca juga: Keistimewaan kismis

 

 

tags: | |