Kuih muih tardisional memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Melayu. Penduduk atau pun rakyat Malaysia pastinya akan menemui pelbagai jenis kuih muih di kedai, tidak kira sama ada kuih tradisional atau pun tidak.
Antara kuih tradisional yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adalah kuih pau. Pau merupakan sejenis kuih yang berwarna putih dan mempunyai teksturnya yang gebu dan lembut.
Kuih ini boleh diisi dengan pelbagai jenis inti sama ada inti kelapa, rendang daging atau pun rendang ayam. Pau ini juga akan dikukus terlebih dahulu sebelum dimakan atau pun dijual.
Kuih ini bukan sahaja boleh didapatkan di stesen minyak dan tepi jalan namun ianya juga boleh dibuat sendiri di rumah. Malah jika dibuat sendiri, rasanya lebih sedap memandangkan teksturnya lebih gebu dan lembut.
Nak tahu cara mudah untuk membuat kuih pau ini? Jom kita ikuti cara dan teknik yang dikongsikan oleh Yong Anisah Yaacob di group Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
Mudah sahaja kan nak buat kuih pau ini? Lepas ni tak payah dah nak beli dekat luar. Lebih-lebih lagi kalau ada yang mempunyai ahli keluarga ramai. Beli sikit memang tak cukup, jadi apa kata untuk lebih jimat, buat sendiri sahaja di rumah.
Teknik penyediaannya juga cukup mudah. Sambil pejam mata pun boleh siap tau. Dapat pula yang gebu gebas, memang betul-betul puas hati. Jangan lupa kongsikan juga teknik penyediaan kuih pau ini kepada kenalan anda ya!
Kredit: Yong Anisah Yaacob
Baca juga: Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Menjadikan Kek Pisang Anda Gebu & Sedap, Barulah Lebih Berselera!