Langkau ke kandungan

Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya

Resipi

15 bahan, 9 langkah

Terus ke resipi
resepi tomyam sayur thai

Ini dia resepi tomyam sayur thai perkongsian daripada Cikgu Afy AL Habibi di laman facebook mliknya. Memang sedap tomyam sayur thai ini. Kalau buat tu confirm licin satu mangkuk. Sebenarnya tomyam sayur ini dipanggil dengan nama tomyam sayur thai kerana ada penggunaan susu cair didalamnya. Ianya adalah untuk menaikkan lagi aroma tomyam versi thai. Manakala batang ketumbar serta hirisan daunnya juga turut ditaburkan.

Kalau anda nak tahu bagaimana rasanya, umph ke tidak. Kaw ke tidak. Anda boleh cuba buat tomyam ini dengan merujuk resepi di bawah.

Cara Buat Tomyam Sayur Thai Yang Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya

Sayuran:

  • Sedikit bunga kubis
  • Sedikit kubis
  • 5 biji cendawan shitake
  • 1 biji tomato
  • 2batang seledri
  • 1/4 batang carrot
  • Sebatang daun ketumbar

Bahan tumis:

  • 1/2 bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • Sehiris halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili padi
  • Paste tomyam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bauResepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  2. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan sehingga isi ayam sedikit pejal. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  3. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih. Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  4. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  5. Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  6. Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Kalau ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup pasti lebih sedap. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay. Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  7. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair.Biarkan semua sebati dalam api perlahan.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  8. Selepas hampir waktu berbuka, barulah masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya
  9. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya. Siap! Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya

Mudah sahaja kan nak buat Tomyam sayur ini. Nak makan dengan nasi dan mihun pun boleh. Kalau nak ratah pun boleh. Tiada masalah. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang. Tapi pastikan segala bahan yang diperlukan ada ya.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afl AL Habibi

Baca juga: Resepi Mi Tomyam Yang Padu Dan Menyelerakan, Persis Tomyam Asli Thailand!

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa