Lipas merupakan haiwan perosak yang menggelikan ramai orang. Untuk membunuhnya, anda boleh menggunakan pelbagai ubat penghapus lipas yang dijual di pasaran tapi ada juga beberapa orang yang tak begitu gemar menggunakan bahan kimia.
Meskipun dicuba pelbagai cara, haiwan tersebut masih lagi berkeliaran. Jadi untuk mengatasinya, anda boleh cuba buat sendiri perangkap lipas di rumah dengan menggunakan bahan dapur sahaja. Tak percaya? Jom ikuti perkongsian ini.
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Buat Sendiri Perangkap Lipas
Baru-baru ini, seorang wanita, meeyaamira, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi cara mudah untuk menyediakan perangkap lipas dengan menggunakan tiga bahan dapur sahaja.
Bahan-Bahan
- Minyak masak terpakai
- Mentega (boleh juga guna yang sudah expired)
- Susu pekat manis
- Bekas (untuk letak semua bahan)
Cara Penyediaan
- Sediakan bekas untuk letakkan semua bahan.
- Ambil susu pekat manis, mentega dan minyak masak. Sukatan ikut suka.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan nampak seperti paste, kemudian letakkan di tempat yang mempunyai banyak lipas.
@meeyaamira agak2 FYP x resepi ni 😂😂
@meeyaamiraagak2 FYP x resepi ni 😂😂
Setelah siap menyediakan perangkap lipas anda, anda boleh menyimpannya di tempat yang mempunyai banyak lipas. Wanita itu menyimpannya di dalam kereta untuk menangkap lipas-lipas yang ada. Dalam dua hingga tiga hari, anda akan berjaya menangkap haiwan tersebut.
Cara yang telah dikongsikan oleh wanita ini juga sangat bagus kerana kita boleh mengguna semula bahan-bahan dapur yang terpakai seperti minyak dan mentega yang telah rosak untuk kegunaan lain. Dapatlah elakkan pembaziran.
Selamat mencuba dan semoga berkesan buat anda.
Kredit: TikTok meeyaamira
Baca Juga: Umur 86 Tahun Pun Masih Sihat Dan Kuat, Ini Tips Yang Diamalkan Oleh Kawan Atuknya