Terasa nak makan Sup Tulang Merah? Tapi malas nak buat sebab untuk menyediakan sup ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak dinafikan sangat renyah untuk sediakan sup ini. Namun jangan risau, ada cara paling mudah dan cepat untuk menyediakan sup ini. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja, sup tulang merah yang dibuat siap dalam masa 30 minit.
Nak cuba buat Sup Tulang Merah ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Sangat mudah untuk disediakan!
Resepi Sup Tulang Merah Guna 3 Bahan Sahaja!
Bahan-bahan:
- 2 tin sup kambing Adabi
- 100g puri tomato
- 1/2 -1 biji ubi bit kecil (pewarna semulajadi)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Kupas ubi bit kecil dan sagat halus. Kalau nak betul-betul merah, gunakan sebiji.
- Lepas tu masukkan puri tomato. Saya guna 1 tin (100g). Kalau taka ada boleh ganti dengan sos tomato.
- Apabila dah lembut ubi bit tu, masukkan air satu cawan. Kalau letak cili boh pastikan cili boh pecah minyak dulu. Kemudian besarkan air sehingga api mendidih.
- Kalau dah mendidih, masukkan sup kambing. Dalam tin ni ada isi kambing, tulang sikit dan kentang. Rasa sup dalam tin dia dah ok. Tak terlalu masin dan rempahnya tak terlalu kuat.
- Renehkan dia sebentar, biar sebati warna buah bit, puri tomato dan sup.
- Kemudian boleh masukkan 1 biji telur untuk buatkan rasa sup lebih ‘rich’. Ini tak wajib.
- Pukul telur kemudian masuk sedikit demi sedikit, sambil kacau sup.
- Tabur dan sup dan bawang goreng. Sup tulang merah siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Sup Tulang Merah ini. Tak payah lama-lama dekat dapur, kalau anda kesuntukan masa. Boleh sangat sediakan sup ini. Cepat, mudah dan sangat menyelerakan!
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga: Resepi Stew Gearbox Atau Sup Tulang Merah Yang Paling Padu