Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah Kilatkan Lampu Kereta, Guna 2 Bahan Dapur Ini Sahaja. 3 Minit Je Dah Berkilat!

Cara Paling Mudah Kilatkan Lampu Kereta, Guna 2 Bahan Dapur Ini Sahaja. 3 Minit Je Dah Berkilat!

Kategori: ,
cara kilatkan lampu kereta

Lampu kereta merupakan antara bahagian yang sangat penting. Memandangkan fungsi lampu ini sebagai penerang lebih-lebih lagi pada waktu malam jadi ia merupakan bahagian yang sangat penting dan diperlukan. Lebih-lebih lagi ketika memandu pada waktu malam. Jika anda perasan, pencahayaan kenderaan anda yang sudah 5 tahun ke atas akan menjadi suram.

Kebanyakan kenderaan lama pasti akan menjadi kusam dan kelihatan lusuh. Bukan sahaja cat, malah lampu juga turut berlaku sedemikian rupa. Nak tukar lampu baharu namun kos yang diperlukan sangat mahal. Nak polish di kedai pun banyak juga habis. Lebih baik buat sendiri dengan kertas pasir atau menggunakan bahan dapur.

Cara Kilatkan Lampu Kereta Menggunakan Lemon Dan Soda Bikarbonat

Nak lebih senang guna bahan dapur seperti buah lemon dan soda bikarbonat je. Modal yang diperlukan pun tak sampai RM10. Nak cuba kilatkan lampu kereta dengan menggunakan bahan-bahan ini? Jom kita ikuti cara yang telah dikongsikan oleh Amiruddin Zahari menerusi aplikasi TikTok.

Katanya, hanya menggunakan lemon dan soda bikarbonat lalu gosok-gosok pada lampu berkenaan. Gosokkan lebih kurang 3 hingga 4 minit sahaja kemudian cuci dengan air bersih. Lihat hasilnya memang sungguh luar biasa. Mungkin anda boleh melihat sendiri perkongsian Amiruddin di bawah ini.

@amiruddinzahari

15 saat ja terus clear. Ehh tipu je, 2/3 minit juga. Selamat mencuba. 😉

♬ original sound – HaniffJon – HaniffJon

@amiruddinzahari15 saat ja terus clear. Ehh tipu je, 2/3 minit juga. Selamat mencuba. 😉♬ original sound – HaniffJon

Mudah sahaja kan cara kilatkan lampu kereta menggunakan bahan dapur ini? Kalau anda kurang yakin, mungkin anda boleh cuba dulu sendiri di rumah. Ramai yang cakap menjadi, bukan sahaja lelaki ini malah warganet lain juga turut meninggalkan komen mengatakan telah mencuba cara ini dan sememangnya menjadi.

Cuba lah dulu ya, baru tahu macam mana. Kalau cuba pun tak rugi sebab bahan yang digunakan agak murah dan sangat mudah untuk didapatkan. Dekat kedai runcit pun berlambak je bahan-bahan tersebut. Selain menggunakan dua bahan ini, anda juga boleh cuba menggunakan ubat gigi Colgate atau pun wax.

Jadi tunggu apa lagi tu? Kalau lampu kereta anda sudah kelihatan pudar, menguning dan kusam jom ikuti cara di atas ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya!

Kredit: TikTok Amiruddin Zahari

Baca juga: Lagi Petua Kilatkan Periuk Guna 2 Bahan Sahaja, Usia Periuk 22 Tahun Dah Tapi Masih Berkilat Macam Baru!

tags: | | |