Sejak kebelakangan ini, makin ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk melakukan aktiviti perkelahan. Tak kira di hutan atau di pantai, mesti mereka akan menyalakan unggun api untuk memasak dan membakar makanan yang dibawa.
Namun, kerja menyalakan api bukan lah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Pelbagai cara yang boleh digunakan, antaranya daun yang kering, sarang telur dan kertas surat khabar, tapi semuanya memerlukan masa yang lama.
Seorang lelaki telah temui solusi pada masalah tersebut. Telah berkongsi satu cara yang mudah untuk menyalakan api dengan hanya menggunakan tisu dan minyak masak, cara itu dapat memastikan api yang dinyalakan kekal lebih lama sekaligus menghasilkan bara.
Api tak akan padam as long as ada minyak.
Pengguna TikTok, shafickza telah berkongsi cara yang sangat mudah. Menurut video itu, anda cuma perlu menyusun arang dan letakkan tisu yang telah diisi dengan minyak masak di tengah-tengah.
@shafickza Dah berapa lama hidup ni baru je tahu🤣 #camping #travel #redang
@shafickzaDah berapa lama hidup ni baru je tahu🤣 ##camping ##travel ##redang♬ HEADZUP WHATS UP MIX – BΛSSLINΞ ΛDDICT
Bakarkan keempat-empat bucu tisu tersebut dan letakkan arang di sekeliling api untuk menjadikannya bara. Paling penting, anda perlu pastikan masih terdapat ruang udara untuk membantu pembakaran.
Menurutnya, anda cuma perlu tunggu beberapa minit dan tambah arang dalam api. Tak perlu susah payah nak kipas api dah selepas ini.
Video yang dikongsikan itu berjaya meraih lebih 1 juta lebih tontonan dan 122 ribu likes. Tips itu ternyata sangat berguna, lagi-lagi pada musim sekarang di mana orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan aktiviti perkelahan.
Bagi anda yang merancang untuk berkelah dengan keluarga atau pun rakan-rakan, boleh lah cuba tips ini. Nampak sangat mudah dan jimat. Jom try!
Kredit: TikTok schafickza