Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah, Cuma Perlu Guna Teknik Ini & Papercup Sahaja

Cara Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah, Cuma Perlu Guna Teknik Ini & Papercup Sahaja

Kategori: ,
Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah

Lemang merupakan hidangan yang wajib dihidangkan di pagi Raya. Enak dimakan bersama aneka rendang atau serunding, semua orang amat menggemarinya! Selain dibeli, ada caranya untuk anda menyediakan lemang sendiri di rumah.

Tak perlu menggunakan buluh dan dibakar, ini cara paling mudah untuk buat lemang di rumah dengan hanya menggunakan teknik ringkas ini bersama cawan kertas. Jom baca perkongsiannya oleh Aisha Shaa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah, Cuma Perlu Guna Teknik Ini Dan Papercup Sahaja

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut (dapatkan di sini)
  • 500gram santan
  • Garam
  • Gula
  • Daun pisang (dipotong mengikut saiz papercup)
  • 15pcs cawan kertas

Cara penyediaan

  1. Rendam beras pulut semalaman. Setelah itu, angkat dan toskan.
  2. Sebelum digunakan, perasakan santan dengan garam dan gula.
  3. Sediakan pengukus dan panaskan air kukusan.
  4. Masukkan daun pisang dalam cawan kertas, beras pulut, santan. Ukuran santan sama dengan beras pulut. Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah
  5. Kukus selama sejam dan siap untuk dinikmati bersama rendang atau serunding pilihan anda. Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah

Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan lemang di rumah, kan? Dengan teknik mengukus dan cawan kertas sahaja, anda boleh buat banyak-banyak untuk Raya nanti. Tak perlu tunggu lama-lama malam Raya nanti.

Selamat mencuba.

Kredit: Aisha Shaa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Kuetiau Homemade Menggunakan 3 Bahan. Ringkas Dan Mudah

tags: | | | |