Sawi jeruk merupakan antara makanan yang sangat rare dan tak ramai orang yang pernah mencubanya. Bunyi macam susah tapi seperti mana-mana jeruk, proses penyediaannya sangat ringkas cumanya ia memakan sedikit waktu namun hasilnya sangat sedap!
Kalau anda teringin untuk cuba, ini cara paling mudah untuk buat sawi jeruk di rumah dengan menggunakan empat bahan sahaja. Ringkas dan sedap, ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Zanida Ariffin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini.
Cara Paling Mudah Untuk Buat Sawi Jeruk Di Rumah, Cuma Perlu 4 Sahaja. Confirm Menjadi!
Bahan-bahan
- Sawi kai choy
- 1 mangkuk kecil nasi sejuk lebihan semalam (Masukkan sedikit air panas dan lenyek-lenyek bagi ia hancur. Nasi inilah ejen memasamkan jeruk kita. Tak perlu gunakan cuka)
- Garam kasar (ikut kemasinan masing-masing)
- Air secukupnya (Hingga tenggelam sawi)
- Serbuk kunyit (bahan optional)
Cara penyediaan
- Bersihkan daun sawi dan tos. Keringkan di dapur rumah dalam masa satu hari.
- Masukkan nasi yang dilenyek, garam kasar dan serbuk kunyit ke dalam balang yang telah disediakan.
- Masukkan air setengah balang. Kacau bahan-bahan sehingga garam larut.
- Masukkan sawi dalam balang. Isikan air hingga penuh. Boleh rasa dan tambahkan garam ikut kemasinan yang kita mahukan.
- Tutup balang dan peram selama seminggu.
- Selepas seminggu, boleh keluarkan sawi dan boleh dimasak. Baki boleh masukkan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
Nampak sungguh menyelerakan resepi ini, kan? Sawi jeruk ini memang sedap dimakan bersama sepinggan nasi putih bersama lauk lain tapi ia boleh dimasak untuk dijadikan hidangan yang unik dan enak.
Selamat mencuba!
Kredit: Zanida Ariffin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Rahsia Ayam Masak Kicap ‘Meleleh’, Sangat Sedap. Tak Puas Meratahnya!