Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jeruk Ikan Masin Tenggiri Yang Sedap, Kena Peram Dalam Bekas Ini. Boleh Buat Sendiri Je Di Rumah. Dijamin Halal & Bersih

Jeruk Ikan Masin Tenggiri Yang Sedap, Kena Peram Dalam Bekas Ini. Boleh Buat Sendiri Je Di Rumah. Dijamin Halal & Bersih

Kategori: ,

Jeruk ikan masin adalah ikan yang diperam bersama garam, asam keping dan cuka makan selama sekurangnya 7 hari. Jika anda beli di kedai, harganya terlalu mahal dan sangat sedikit. Apa kata anda buatnya sendiri di rumah dan boleh juga guna ikan lain selain tenggiri. Contohnya, ikan gelama dan ikan senangin.

Anda boleh buat stok banyak-banyak dan disimpan kerana ia boleh tahan berbulan-bulan. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk membelinya lagi. Jeruk ikan masin ni lagi fresh kalau kita buat sendiri. Jom kita lihat cara buat ikan masin tenggiri yang dikongsikan oleh Suria Abdullah.

Cara Buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri Yang Sedap

BAHAN-BAHAN PERAPAN:

  • Cuka makan
  • Asam keping
  • Garam kasar
  • Bekas kedap udara

Nota: Rahsia dari orang Melaka, bila dia tahu saya buat jeruk ikan tenggiri ni, dia bilang kalau nak lagi sedap kau peram dalam tempayan. Saya dah buat, memang lagi sedap. Sekarang bukan lagi rahsia hehe, cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Cuci ikan sehingga bersih. Saya korek darah yang kat tulang tengah tu.
  2. Toskan ikan, kering kan dengan cara lap guna tisu makan.
  3. Jemur ikan sekejap lebih kurang setengah jam dalam cuaca yang panas. Jangan terlalu lama nanti isi ikan akan kecut dan keras.
  4. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap (kurang seminit) dalam cuka makan.
  5. Tabur garam kasar di dalam bekas kedap udara.
  6. Letak ikan, tabur lagi garam kasar, kemudian letakkan asam keping (jangan terlalu banyak, nanti masam sangat tak sedap).
  7. Ulang-ulang sampai ikan habis. Tutup rapat-rapat ikan dan biarkan selama 7 hari.
  8. Dah 7 hari, buang air perapan. Bilas ikan (bilas sikit-sikit je nanti isi ikan akan hancur).
  9. Masukkan ikan ke dalam bekas lain, tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam. Kemudian, lebih kurang sejam dah boleh goreng.

Antara rajin dengan malas je nak buat lauk ni. Kerana ia melibatkan banyak proses dan memakan masa yang agak lama untuk diperam. Kalau anda malas, beli je tapi pastikan keluaran produk muslim tau. Di jamin halal dan bersih.

Selamat Mencuba!

Kredit foto & resepi: Suria Abdulla Via BIKMM

Baca Juga: Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!

tags: | |