Siapa pernah atau suka makan Cinnamon Roll ini? Ia merupakan menu sarapan yang sangat popular di Amerika Syarikat. Di sana kebiasaannya ia mengandungi madu, gula, kayu manis dan kismis. Walaupun ia merupakan makanan negara luar, ada juga sesetengah dari rakyat Malaysia yang menggemarinya.
Nak cuba buat sendiri Cinnamon Roll ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Shida Ambok ini. Resepi ini memang sangat mudah dan sedap. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja.
Cara Buat Cinnamon Roll Yang Sedap
Bahan-bahan:
- Roti prata/canai instant Kawanku
- Cinnamon powder
- Butter
- Gula perang
Cara Penyediaan:
- Cantumkan penghujung dua keping prata di atas pan yang dilumur butter.
- Sapukan butter pada keseluruhan permukaan roti prata.
- Tabur cinnamon powder di atasnya. Lagi banyak lagi sedap.
- Tabur pula gula perang. Ratakan.
- Gulung roti prata sebelum dipotong-potong.
- Tegakkan susunan potongan tadi. Bakar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak sediakan Cinnamon Roll ini? Mesti ramai kan dekat sini yang teringin sangat nak cuba. Tapi ramai yang bimbang takut tidak menjadi. Kalau ikut resepi ini pasti menjadi punya. Jadi tunggu apa lagi tu, jom cuba sekarang!
Kredit: Shida Ambok
Baca juga: Resipi Roti Gulung Kayu Manis @ Cinnamon Roll, Rasa Lembut & Manis Yang Pasti Memikat!