Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cara Peniaga Bungkus Makanan Sangat Bahaya, Individu Ini Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Cara Peniaga Bungkus Makanan Sangat Bahaya, Individu Ini Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Kategori:
bungkus makanan sangat bahaya

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, orang ramai lebih suka membungkus makanan untuk dimakan di rumah atau pejabat. Hal itu memudahkan ramai pihak dan pelanggan juga tak perlu bersiap-sedia untuk keluar dari rumah dan hanya perlu menunggu makanan mereka dihantar.

Oleh itu, peniaga perlulah membungkus pesanan pelanggan seeloknya supaya ia tidak mudah tertumpah semasa penghantaran. Namun, ada segelintir peniaga yang leka ketika berbuat begitu sehingga tak ambil kisah mengenai aspek keselamatan pelanggan.

Jika dilihat, ramai yang menggunakan dawai stapler untuk membungkus makanan dan minuman. Hal itu sangat merisaukan lelaki ini.

Cara Peniaga Bungkus Makanan Sangat Bahaya, Individu Ini Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Membeli satu paket kuih dari sebuah gerai kecil, seorang pelanggan yy2868, cuba membungkusnya untuk menikmati kuih tersebut. Tapi ketika sedang berbuat begitu, dia menyedari peniaga menggunakan cara yang sangat membahaya untuk membungkus kuihnya. bungkus makanan sangat bahaya

Menggunakan paket plastik, peniaga itu mengemaskan bungkusan dengan menggunakan dawai stapler. Risau, dia berasa cara tersebut boleh mendatangkan pelbagai risiko, terutamanya pada kanak-kanak. bungkus makanan sangat bahaya bungkus makanan sangat bahaya

Jika termakan, dawai stapler tersebut boleh menyebabkan seseorang tercekik atau luka. Untuk menggelakkan kejadian sebegitu, dia memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan dan mengharampak penggunaannya di kalangan pengusaha makanan dan minuman.

@yy2868 #Bahaya ♬ Oh No No No – Music Falcon

Di ruangan komen video luahan tersebut yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terkejut melihat perkara tersebut. Ini kerana pihak berkuasa telah melarang peniaga untuk menggunakannya.

Menurut pengguna Illawaty, sesiapa yang pernah menghadiri kurus pengedalian makanan sudah dimaklumkan bahawa dawai stapler dilarang sama sekali ketika membungkus pesanan pelanggan. Jadi besar kemungkinan mereka yang menggunakannya tidak menghadiri kursus tersebut.

Dawai Stapler Memang Dilarang, Kenapa Masih Ada Yang Menggunakannya? bungkus makanan sangat bahaya

Perkara ini tidak seharusnya diambil secara lewa. Peniaga perlulah lebih teliti dan mengambil berat soal keselamatan pelanggan. Jika sudah dilarang, mengapa anda masih menggunakannya?

Walaupun penggunaan dawai stapler itu mencepatkan dan mudah, tapi ia tetap mendatangkan risiko pada pelanggan jika termakan. Jadi, elakkan penggunaannya.

Kredit: yy2868

Baca Juga: “Risau Tergolek..” – Orang Ramai Seram Tengok Keadaan Jalan Raya Selepas Kejadian Lori Tin Sardin Terbalik

tags: | | |