Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Review » Dah Bosan Makan Sandwich? Abang Subway Ni Kongsikan Cara Pesan Salad Bowl Yang Sedap. Kenyang Sampai Ke Malam!

Dah Bosan Makan Sandwich? Abang Subway Ni Kongsikan Cara Pesan Salad Bowl Yang Sedap. Kenyang Sampai Ke Malam!

Kategori: ,

Keenakan sandwic yang segar di Subway memang tiada tandingannya. Menawarkan pelbagai menu yang enak dan berkhasiat, ramai yang memilih Subway untuk hidangan tengah hari dan makan malam yang lebih ringkas dan seimbang.

Kalau anda dah selalu makan sandwic Subway, apa kata kali ini anda cuba pesan Salad Bowl?

Tak kisahlah sama ada anda sedang berdiet atau tidak, Salad Bowl ni memang patut anda cuba sebab portionnya memang besar dan dijamin sedap! Anda juga boleh ubahsuai kandungan salad di Subway ikut citarasa anda sendiri.

Bagi yang pertama kali nak cuba pesan Salad Bowl di Subway, jom kita tengok cara yang dikongsikan oleh @syafiqunil98 di TikTok!

Salad Bowl

Cara Pesan Salad Bowl Yang Sedap di Subway, Kenyang Sampai Ke Malam!

1. Pilih Protein

Pertama sekali, pergi ke kaunter Subway dan pesan 1 Salad Bowl dan beritahu pekerja Subway yang anda nak customize.

Anda boleh pilih sejenis protein kegemaran anda di Subway. Kalau nak add-on daging atau ayam pun boleh. Menurut Abang Subway, harganya sekitar RM 2.50 hingga RM 5.00.

2. Pilih Sayur

Macam order sandwic, anda boleh pilih mana-mana sayur yang anda suka. Nak pilih semua pun tak ada masalah!

Salad Bowl

3. Pilih Add-On

Abang Subway ni juga sarankan orang ramai untuk lengkapkan pesanan salad dengan add-on yang ditawarkan seperti mushroom, seafood sensation, avocado atau corn. Gerenti bertambah sedap jadinya! Setiap scoop add-on berharga RM 2.50 sahaja, rugi tak letak!

4. Pilih Sos

Abang Subway cadangkan untuk letak tak terlalu banyak sos supaya rasa sayur dan protein dalam salad lebih nikmat dan tak terlalu muak. Dalam video TikToknya, dia menyarankan untuk letak mayonnaise dan Thousand Island.

Selain dua sos ni, anda juga boleh pesan sos lain yang sesuai dengan salad iaitu honey mustard dan sweet onion. Kata pekerja Subway ni, kalau nak combine sekali 4 sos ni pun sedap!

Untuk seimbangkan rasa, boleh request untuk tambahkan sedikit garam dan lada hitam.

Salad Bowl

Menu Salad Bowl Recommended

Bagi yang belum tahu, semua menu dekat Subway boleh dijadikan Salad Bowl!

Menu salad bowl yang dicadangkan oleh Abang Subway dan beberapa netizen di ruangan komen ni adalah :

  • Salad Chicken Slice + Seafood + Corn
  • Salad Steak & Cheese
  • Salad BBQ Chicken + Chicken Slice + Corn
  • Salad Chicken Teriyaki + Cheese + Sos Cili + Mustard + Thousand Island

Salad Bowl

Nak Jadikan Set Meal? Boleh!

Seperti pesanan sandwic, anda juga boleh jadikan Salad Bowl sebagai Set Meal. Di Subway, ada dua option yang anda boleh pilih sama ada :

Small Meal  (RM 3.50)

Boleh dapat 1 cawan minuman saiz kecil dan 1 cookies pilihan.

Regular Meal (tambah RM 5.00)

Boleh dapat 1 cawan minuman saiz besar dan 2 cookies ATAU sebungkus Potato Chips. Berbaloi sangat kalau nak jadikan set!

Jangan Malu Untuk Cuba, Serius Sedap!

Akhir kata, Abang Subway ni pesan supaya jangan malu untuk bertanya. Kalau masih tak sure cara nak pesan Salad Bowl, boleh terus bertanya pada pekerja Subway. Dia juga menyarankan orang ramai untuk cuba Salad Bowl ni sebab sedap tak terkata!

Yang paling best, kita boleh customize Salad Bowl ni ikut citarasa masing-masing.

Harganya pula tak sampai RM 20, tapi boleh buatkan orang kenyang sampai ke malam! Isi penuh pula tu! Selamat mencuba!

Sumber : TikTok @syafiqunil98

tags: | | |